Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, June 12, 2011

PAS Bergerak, UMNO Terberak....

PAS sudah seminggu menyempurnakan muktamar tahunannya. PAS sedang bergerak untuk melaksanakan segala keputusan yang diputuskan dalam muktamar itu.

Kita sedang menjadikan isu kepada hanya satu perkataan iaitu ‘negara berkebajikan’. Isu ‘negara berkebajikan’ itu sedang menjadi gendang untuk pihak BN mengambilnya sebagai isu yang sedang diperdagangkan untuk mendapat sokongan rakyat.

Kita masih lagi mengambil membidas dan memandang usaha pihak lain untuk mendapat sokongan, bukannya dari usaha yang menyedapkan selera rakyat.


Di dalam usaha melaksanakan kehendak Islam maka PAS telah memilih jalan untuk menjadikan negara sebagai negara berkebajikan jika mendapat mandate dari rakyat. Kebajikan rakyat merupakan komponan besar di dalam usaha untuk mengaddinkan kehidupan kita kerana Islam itu sendiri adalah cara hidup..

PAS tahu yang ini akan menjadi isu yang akan digembar-gemburkan oleh musuh politiknya tetapi PAS sudah terlalu biasa dengan kutukan serta penghinaan pihak musuhnya itu, jadi isu negara berkebajikan yang dimainkan oleh musuh politiknya merupakan satu lagi isu yang digunakan untuk meraih sokongan sambil berharap rakyat akan menolak PAS di dalam pilihanraya itu. Itu biasa dalam politik dunia ketiga ini.

Tetapi saya merasakan rakyat telah pun membuat keputusan. Yang telah mengambil keputusan menyokong PAS dan sekutunya tetap akan menyokong PR. Kepada mereka yang menyokong kita tetap akan menyokong kita. Keputusan nampaknya ‘predictable’ tetapi yang akan menentukan pihak yang akan berjaya ialah kumpulan yang Duduk Atas Pagar (DAP), dan kebanyakan di antaranya ialah dari kumpulan pengundi muda terutamanya yang akan mengundi buat kali pertamanya.

‘Connectivity’ dengan kumpulan ini merupakan usaha yang wajib bagi kedua-dua belah pihak kerana kepada rakyat yang telah mengundi beberapa kali dalam hidup mereka keputusan sudah puan diambil pihak mana yang akan mereka sokong.

BN yang selama ini mendapat sokongan dari pengundi Melayu didesa-desa di pantai Barat semenanjung ini. Bagi pengundi di desa-desa di pantai timur PAS merupakan parti yang lazim mendapat sokongan. Bagi pengundi-pengundi berumur di desa-desa di pantai barat yang lazimnya memberikan sokongan kepada BN kini sudah berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia dan tidak lagi mengambil tahu untuk mengundi.

Kita terperangkap dengan PAS terang-terangan. PAS sedang berurusan untuk membuat lantikan pemimpin-pemimpin yang perlu dilantik termasuk pesuruhjaya negeri-negeri dan PAS tidak pun mengambil pot terhadap apa yang diperkatakan oleh pihak kita tentang isu negara berkebajikan itu. PAS telah berjaya membuatkan kita tertari-tari mengikut gendang yang dipalu olehnya. PAS kata pusing kebelakang kita pun pusing, dan apabila PAS kata kita melompat kita pun melompat. PAS memainkan muzik kita pun terus menyanyi dan menyanyi.

PAS telah berjaya untuk bertempur di dalan zon luar dari kawasannya dan strategi ini nampaknya memberikan keuntungan besar kepada PAS. Sampai bila pimpinan kita menggunakan isu negara berkebajikan ini tidak siapa yang tahu. Lama-lama kita akan letih menarikan lagu-lagu yang dimainkan oleh PAS. Orang ramai memerhatikan sahaja lonjak dan tari kita sambil tersenyum simpul.

Akhirnya kita tidak terperanjat jika UMNO akan secara tidak sedar berkedudukan defensive sentiasa dan tidak ada masa untuk melakukan tindakan balas ke atas apa yang dilakukan oleh PAS.

Seperkara yang PAS sangat berjaya ialah untuk membawa pemimpin kita untuk kegelanggang mereka untuk bercakap tentang agama. Bercakap tentang agama ini merupakan ‘forte’ PAS yang kuat dan PAS sangat bergembira untuk membawa Najib bercakap tentang isu agama. Selalunya kita akan terperangkap jika kita memainkan isu ini.

Kita mulai bercakap tentang theori serta topik yang melibatkan hanya isu fardhu ain sedangkan PAS sudah keluar kepada isu addin sebagaimana yang agama kita di asaskan. PAS telah berjaya membawa perkara yang sangat besar di dalam agama, iaitu mengambil isu negara berkebajikan sebagaimana yang di tuntut agama kita. Justru pimpinan kita telah menyatakan yang UMNO memang sudah lama melaksanakan usaha untuk negara berkebajikan. Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO memang telah lama melaksanakan negara berkebajikan (welfare state) itu.

Tetapi apabila kita begitu ‘engross’ menjawab isu negara berkebajikan, UMNO tidak mempunyai masa untuk melakukan usaha untuk membuang persepsi sebagai parti yang rasuah dan salah guna kuasa. UMNO boleh mengaku yang selama ini pun konsep welfare state itu memang telah terlaksana oleh UMNO/BN.

Tetapi apa pun yang diakui oleh UMNO/BN ini, untuk membuang persepsi buruk ini bukanlah satu tugas senang, kerana persepsi rasuah itu bukannya melekat kepada parti tetapi melekat kuat kepada individu-individu pemimpin di dalam UMNO itu. Isu pemimpin UMNO yang menuduh PAS telah lari dari perjuangan asalnya tidak menjadi kerana stigma buruk yang terlekat kepada batang tubuh UMNO itu sendiri.

Rakyat mempunyai ‘apprehension’ yang tinggi untuk memberikan dukongan kuat terhadap UMNO itu maka pengundi tetap memilih welfare state yang baru hendak dilaksanakan oleh PAS dan meninggalkan welfare state anjuran UMNO yang telah disaluti dengan stigma yang negatif yang melekat kepada UMNO itu.

Kalau jatuh UMNO dalam pilihanraya nanti, masalah dan penyebabnya bukan UMNO tetapi kerana manusia yang memimpin dan memandu parti itu. Masalah yang kita hadapi ini ialah masalah kemanusiaan, bukannya masalah parti.

Jika kita anolojikan UMNO sebagai sebuah pesawat, UMNO merupakan engin dan pesawat yang baik serta bermutu. Tetapi kenapa pesawat itu jatuh juga? Jawapannya ialah kerana ‘human error’. Pesawat itu jatuh kerana kelemahan dan kesilapan pemandunya yang cuai dan tidak tahu hendak memandu pesawat itu kearah yang betul. Walaupun pesawat itu menggunakan jenama baik yang sama tetapi pesawat ini merupakan pesawat baru yang di daftarkan pada 1988 dahulu. Pesawat ini baru berumur 23 tahun sahaja dan tidak sepatutnya jatuh terhempas.

Pesawat yang masih baru ini jika terhempas juga, terhempasnya ialah kerana ‘human error’ seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Pemandu yang sepatutnya memandu mengikut ‘operating procedure’ yang ditetapkan telah memandu dengan mengikut kehendak dan keinginan peribadi sendiri…..ditambah pula dengan penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat itu tidak mengikuti ciri keselamatan yang penting di dalam penerbangn itu.

Lambat laun pesawat itu akan terhempas juga jika di benarkan pemandu yang sama untuk mengendalikan penerbangan it terus-terusan dan dibawa pula penumpang-penumpang yang tidak mengikuti ciri-ciri keselamatan yang betul. Selalunya pemandu-pemandu pesawat yang tidak mengikuti ‘operating procedure’ yang ketat itu ‘will be grounded’ untuk mengelakan pesawat itu jatuh terhempas.


Tajuk asal artikel PAS terus bergerak, UMNO terus berarak disiarkan di aspanaliasnet

10 comments:

Anonymous said...

dr. mahatir sedap mulut jer kata :

"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS. "
layak ker dr mahathir kata begitu??? alaaaa setakat pernah diberi peluang sembahyang sunat di dalam kaabah jer , boleh ker kata macam tu ??

FMZam said...

Ever heard UMNO named a concept as Negara Kebajikan before? And how was that implemented in a way Najib said PAS copycat it from UMNO? Likewise, in a way Najib brainchilded 1Malaysia, wasn't it a copycat of Malaysian Malaysia concept? Either UMNO was too shy or their ego was too big, they never used the word Negara Kebajikan, why? Was it because the term Welfare State was so bastardized to mean a pariah state that the use of it was not befitting the all glorified UMNO-ruled government. If so Najib claimed Welfare State was UMNO's model then the rakyat must have learned well that UMNO's model of a welfare state had worked wonders for making almost all UMNO leaders anywhere in this country the filthy rich politicians. The more reason for the rakyat to support PAS's welfare state to give the real meaning that benefits the people. No wonder UMNO had never wanted to name their concept a welfare state as PAS had announced it so bold and honest, because all these while UMNO's welfare state is a heinous and hideous concept that has made them rich by being ‘welfare politicians’.

Anonymous said...

slm tuan,apa kabar sehat?..yg pnjg2 kt atas 2 itula politik tuan.agama punya risau adalah risaukan iman,n tmpt org briman brsandar adalah allah..kalo kita ubah diri utk dpt redha makhluk pas2 dgn redha makhluk 2 td kita sandarkan krja2 agama yg ni baru bkan agama tuan..nampak tuan?(yg bg kita nmpak pun allah gak tuan sbb 2 allah x prlu trunkn malaikat sbg utusan utk jd bukti sbb bkan malaikat yg wat kita nmpak..nmpk tuan?)..slm n walahuaklam.

Anonymous said...

Aku tak kisah kalau gugur Negara Islam...atau tidak .....yang penting bagi aku bagaimana nak membentuk org2 melayu yg beragama Islam mengikut cara Islam.... yg sebenar2nya Mustahil dapat bentuk Negara Islam sebab rakyat Malaysia pelbagai kaum.....tapi niat Nik Aziz utk menambahkan saudara baru....dlm memperkembangkan syiar ISLAM amat dialu-alukan. Kini yg aku takuti dan sangat takuti bila mana ramai org Melayu yg beragama Islam telah menjadi murtad......dan lebih terdorong memeluk agama selain ISLAM....ini yg perlu kita tangani.....

Anak kg pertama said...

Bezanya UMNO dan PAS adalah...UMNO tidak berubah matlamatnya (FASA 3.3Perlembangaan UMNO)..dan PAS senantiasa berubah matlamat mengikut nafsu pengikut2nya..

Anonymous said...

anom 10:07

berkenaan dengan orang melayu yang jadi murtad tu , cuba luangkan masa menziarah masjid mujahidden di SS21. Diharap anda dapat sertai jemaah untuk mengetahui betapa serius masalah yang saudara bangkitkan tu dikawasan petaling jaya. Bagaimana hebatnya puak puak kristian terutama di SS2 . Sebagai gambaran, sebahagian dari mubaligh kristian yang pada dulunya bergiat di PJ ini sekarang telah MENJADI AHLI POLITIK dan ada diantara mereka telah pun bergelar wakil rakyat.

Anonymous said...

AKP, cuma orang melayu buta hati dan buta perut macam kau saja yg masih pegang perlembagaan umporno tu, orang melayu yg dah celik dah lama buang dia dlm tong najis, tempat selayaknya utk perlembagaan umporno. utk merialitikan wajah umno yg sebenar, elok lah kau sarankan kat najib supaya masukan juga perengan.."mengalakan penyebaran fitnah dan video seks" dlm perlembagaan umno.

Anonymous said...

anon 12:07am,
kehebatan mubaligh kristian menyebarkan ugama mereka bukan perkara baru, dah lama dah ribuan kepulauan melayu di nusantara berjaya dikristiankan sejak zaman parameswara lagi. Apa pula masalah mubaligh ksritian yg dah jadi yb??
Orang kafir, samada kristian ke, hindu ke,adalah musuh yg nyata, mereka mudah kita kenal dan senang kita combat seandainya mereka cuba selewengkan akidah umnat islam.
Yg jadi masalah kepada umat islam sekarang ini ialah gelagat2 munafiq dan fasiq pemimpin umno yg membuatkan umat islam KELIRU tengang akidah islam itu sendiri. Apa tidaknya...bila membuat fitnah keatas seorang muslim dijadikan ...way of life pemimpin umno, manipulasi hukum syariah utk kepentigan politik mereka dan bila menyebar video seks dijadikan...way of life pemimpin umno, bila ugut dan rasuah polis dan hakim supaya menegakan ketidakadilan mengikut nafsu syaitan mereka dijadikan...way of life pemimpin umno, bila anak2 mereka di biarkan berpesta liar dijadikan...way of life pemimpin umno. Tabiat pemimpin2 umno yg munafiq dan fasiq beginilah yg SUKAR de kesan dan dicegah oleh orang2 islam di negara ini yg menghakis iman dan keyakinan kepada islam... dan seterusnya memberi ruang kepada musuh2 islam utk memesongkan mereka. dan juga sikap munafiq pemimpin2 umno lah yg menyebabkan tiada lagi keberkatan dan pertolongan allah swt dalam usaha dakwah di negara ini.
Ini lah sebabnya BERSIH perlu disokong.

FMZam said...

Anon 8:26, kau memang bergeliga, UMNO memang bukan parti politik, UMNO is the way of life untuk golongan Melayu elite yang menjadikan UMNO itu satu dinasti kepala bapak dan keturunan mereka selama 54 tahun sehingga tidak ada mana2 pemimpin UMNO dan kaum keluarga mereka walau di mana pun dalam pelusuk negara kita ini yang tidak hidup dalam limpahan kemewahan yang haram.

Namakan seorang pemimpin UMNO yang berjiwa rakyat dan namakan seorang pemimpin UMNO yang tidak berjiwa KEPARAT!

penternak_lipan said...

jawapan daripada soalan fmzam tu
1.harammmmmmmmmmmm
semua tak ada...
2.semuaaaaaaaaaaa skali.

kohkohkoh!!
AKP hang gamak lagi nooo berpegang pd perlembagaan prinsip umnonesex.org dah bakul sampahkan.mmg dasar pencacai suka benda yg kotor2 sahaja
sian kat hang.cuba baca perlembagaan bagi abis.dan lihat puak2 dalam umno tu..ikut betul tak dgn perlembagaan yg diaorg buat..
khairy jamalkarin pun leh terlepas dari politik wang.pdhal ada di nyatakan hukuman jika ahli berpolitik wang apa hukuman yg menantinya
sembang macam taik.!!!

Archive

Related Posts with Thumbnails