Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, June 30, 2011

Pakatan sudah risau kebangkitan BN?

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009.


“BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN),” kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham “apa agenda mereka”, dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini.

Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut.

Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya.

Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain.

Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum.

Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar.

“Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul,” katanya lagi.

Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya.

“Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider

11 comments:

Anonymous said...

cakapan yang tidak membayangkan seorang pengarah SPR.

Anonymous said...

Mmg pengerusi SPR ni dah d setkn mindany utk Umno walau siapa pun yg pegang jawatan trsebut. Kenapa takut sngat nk gunakn dakwat sewaktu mengundi??

cuba fikir said...

segala kenyataan dan tindakan SPR semuanya bergantung kepada kata putus dari pemimpin2 UMNO. perkarae yang sama berlaku kepada Utusan Meloya..pada zaman pak lah jadi PM utusan meloya mintak suntikan dana dari kerajaan untuk mengelakkan dari gulung tikar dan sebagai balasan Utusan Meloya mesti siarkan berita2 yang ikut kehendak pemimpin2 UMNO sahaja..kalau fitnah pun fitnahla..janji boleh cari makan..apa nak jadi malaysia terutamanya yang mengaku pejuang melayu ..kita dah masak dengan agenda mereka hakktuuuui

Anonymous said...

ni pengurusi SPR ke pengurusi umno cabang

Anonymous said...

kalau aku adik dia pun aku cakap aku tak percaya kat SPR kah kah kah...bengong punya Wan Ahmad..
aku rasa dia ni ketua bahagian ni...
Apa2 pun aku paling meluat tgk Zul Noordin Kulum dgn Zahrain RM2..
Hishamudin Siam tu x yah sebut la...ngalahkan Mufti Johor nampak..

bunbinban said...

hanya satu je aku nak sound kat pengerusi spr ni......pru 13 ni masuk bertanding la mangkuk bodoh bahlol paddy kutty!.

Anonymous said...

Cakap macam seorang ahli parti politik.....otak sudah tidak betul, kata2 pun ikut tak betul...
Malang bagi rakyat Malaysia mempunyai Timbalan persuruhjaya SPR yang tidak tahu melaksanakan tanggung jawap yang di amanahkan.
Kalau lah SPR tu bersih kenapa tidak mempertikaikan tuntutan Pembangkang dengan penjelasan yang terperinci.

Anonymous said...

bakal ahli majlis tertinggi akan datang,

Anonymous said...

Pengerusi SPR ini menyakinkan 100% bahawa SPR adalah talian hayat terakhir BN. kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang sepatutnya 'BERKECUALI'

Anonymous said...

aku tak tahu lah mana logik nya kalau yakin bn menang kenapa lah takut gunakan dakwat... mungkin dgn dakwat ni mrk dpt merampas semula pp dan selangor...

ok.. kita tawar menawar... apa kata kita batalkn bersih dan spr terus luluskan pendaftaran PAKATAN..? aku bertaruh spr tak kan berani punya...

mintak polis putuskan laluan utk bersih pun.. jgn harap sangat laaaa... yg mesti nya bersih dibatalkan...

Anonymous said...

apa spr masok campo ni??nak kena tampo ke??

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

Archive

Related Posts with Thumbnails