Kalaulah Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov tahu hakikat sebenar yang jelas berbeza dari ucapan Najib kat bawah ni.. pasti dia gelak bila mengenangkan betapa hipokritnya Najib..
ASTANA (Kazakhstan): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,400 tahun lepas.
Mengimbau sejarah, Perdana Menteri berkata, khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Talib yang juga menantu Nabi Muhammad S.A.W, pernah memberitahu Gabenor Mesir, Malik as-Ashtar, bahawa pentadbirannya akan hanya berjaya jika beliau mentadbir berasaskan keadilan, kesaksamaan, kejujuran dan kemakmuran untuk semua termasuk wanita.
“Maka, sebagai negara Islam, kita sudah lama tahu bahawa nilai-nilaiini bukannya sekadar menjadi ikutan negara demokrasi Barat,” katanya dalam satu ucapan khas pada upacara perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di sini hari ini.
Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev merasmikan forum itu yang turut dihadiri beberapa ketua kerajaan dan 2,000 peserta dari 50 negara termasuk 250 orang dari Malaysia.
Najib berkata bahawa pentadbiran berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kejujuran seperti yang diperintah oleh Saidina Ali, bukan bererti ia mengikut telunjuk Barat tetapi bertindak berlandaskan ajaran Al Quran.
Namun, menurut Najib, itu tidak bermakna bahawa mengamalkan ajaran Ali itu dalam dunia moden sekarang ini tidak akan berdepan dengan cabaran.
“Dalam sebuah dunia yang penuh dengan pengaruh politik, persaingan dan peluang tidak seimbang, pertalian keluarga, sifat tamak, serta peraturan dan syarat serta penguatkuasaan yang lemah, langkah ke arah tadbir urus yang baik ini nampaknya lebih sukar dialaksanakan,” katanya.
Malahan, kata Perdana Menteri, kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti.
Katanya sebagai pemimpin politik dan negarawan, terpulang kepada mereka untuk menunjukkan kesungguhan, dedikasi, komitmen dan keinginan untuk melakukan apa yang betul dan membetulkan apa yang tidak betul selain bagi mencegah rasuah, kerahsian dan tawar -menawar sulit daripada menjadi satu amalan dalam masyarakat.
Pendekatan baru
“Jika sesuatu kerajaan itu mahu bertahan dan maju serta memenuhi aspirasi rakyat terutama golongan muda, kita harus mencari pendekatan baru dan model baru ekonomi yang sesuai dengan kekuatan negara kita masing-masing,” kata Najib.
Beliau berkata kerajaan Malaysia telah menunjukkan jalan dengan melaksanakan beberapa langkah penyesuaian dan transformasi bagi membuktikan betapa pentingnnya tadbir urus yang baik dapat berperanan secara positif dalam meningkatkan daya saing sesebuah negara itu.
Antara tindakan yang dilaksanakan oleh Malaysia ke arah itu ialah memperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Penunjuk
Prestasi Utama, menaik taraf badan pencegah rasuah (kini Suruhanjayan Pencegahan Rasuah Malaysia) dan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Kerajaan Malaysia, kata Najib, memberi ruang dan menyambut baik cadangan daripada institusi, pertubuhan agama, kumpulan minoriti, media dan sektor perniagaan.
“Kami sedar perjalanan kami masih jauh dan mempunyai banyak rintangan. Tetapi komitmen dan keazaman kami untuk maju tidak akan pudar,” katanya.
Mengenai WIEF, beliau berkata, ia merupakan satu forum yang wajar untuk mewujudkan kesedaran, berkongsi pengalaman dan merintis idea baru bagaimana tadbir urus yang baik dapat disebarkan dan diamalkan oleh pemimpin, sektor perniagaan dan rakyat.
Katanya prinsip-prinsip itu perlu menjadi satu proses berterusan sehingga tadbir urus yang baik menjadi nilai utama semua negara Islam.
“Pada masa itulah, negara dapat berkembang, umat Islam akan lebih maju dan masyarakat menjadi adil,” kata Najib.
Perdana Menteri juga berkata berdasarkan unjuran Bank Dunia, ekonomi dunia dijangka berkembang 3.3 peratus tahun ini dan 3.6 peratus tahun hadapan tetapi agihan kekayaan dunia adalah tidak seimbang kerana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar negara -negara Islam hanyalah 2.1 peratus pada 2009.
Beliau menyifatkan kadar itu sebagai rendah dan ini diburukkan lagi dengan pembangunan dan agihan kekayaan dan pendapatan tidak seimbang di negara Islam sendiri.
Najib berkata bahawa daripada segi memudahkan urusan dan peraturan perniagaan, hanya Arab Saudi, Malaysia, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu dalam kalangan negara anggota Pertubuhan PersidanganIslam berada dalam kelompok 40 teratas daripada 183 negara manakala Kazakhstan telah mengambil tindakan paling banyak ke arah itu.
- Bernama

11 comments:
lu bolih temberang monyet2 umno la najib dan ckap tak serupa bikin macam sifu dia si mahathirkutty.....
SUBHANALLAH... HIPOKRITNYA...
APA YG SEBENARNYA ADA DALAM HATINYA?
SEORANG PEMIMPIN ISLAM..MULA KENA PERHATIKAN ISTERINYA...DH MENEPATI ISLAM DR SEGI PAKAIAN LUAR & DALAM.
ANAK2...
ORANG2 BAWAHANNYA...
& DIA SENDIRI ADALAH SEORANG YG BERTAQWA BARU KEBERKATAN AKAN DATANG...
TAPI KALAU AWAL2 LAGI DH BERI LESEN JUDI...MENCABUL DEMOKRASI... RAMPASAN KUASA DI PERAK... ISU SAIFOOL...DARI MULA JUMPA...
ISU RAKYAT TAK JWB...TAPI ISU FITNAH VIDEO KLIP YG DI SEBUT...
BEGITU SEKALI HIPOKRITNYA ORG2 UMNO DARI ATAS KE BAWAH.. PATUTLAH ORG2 CINA SUDAH TAK PERCAYA LAGI PADA UMPORNO...TAKUT TOLONG PANGKAH UMNO SEPERTI MELEPASKAN ANJING ROTTWEILER YG TERSEPIT...
lupakan saja pasal negara islam ...lupakan soal hudud dan kisas .... semua tu takder dalam quran yang ada negara kebajikan ...kata haji hadi
Betul ke PM Kazakhstan gelak kt PM Malaysia..itu pendapat ASD aje, cuba minta dia tengok pulak Kelantan..ingat bukan gelak..menangis dan sedih...tersangat sayu...dikatakan bawah PAS menerapkan ciri2 Islam..tapi masih lagu tu aje...macam 20tahun lalu...
AKP.....
BERHUBUNG DENGAN NEGERI KELANTAN, JANGAN SEKADAR MELIHAT DENGAN MATA KASAR, SEWAJARNYA DILIHAT BERSAMA MATA HATI.........DON'T JUDGE THE BOOK FROM IT COVER.
Bodoh+Bingai+Bahalol si anak kg pertama nie kan?? mmg x penah nk tau ke isu semasa.. kelantan banyak di nafikan hak & dana nya dari KERAjaan pusat.. so, mcm mane nk berkembang maju mcm negara mesia yg lain Bangang!!! aku bukan anak kelate.. aku org Johor.. tp aku mmg pantang kalau ade org bodoh mcm kau yang nk komen sesuatu benda tp men taram x check dulu..
AKP,
Betul sangatlah tu PM Kazakh tu memang gelak sakan kat bakal besan dia apa pedulik Najib cakaplah apa pun dia angguk janji nanti Najib boleh bagi kerja kat menantu dia jadi CEO kat mana2 GLC kat Malaysia, kan? kan?.
TAK PA... AKU TOLONG GELAKKAN UNTUK PM KAZAKSTAN..
KAKAKAKAKAKA HUHUHUHUHU HAHAHAHAHAH YEHAAAAAAAAAAAA!
bruk umno ni bkn nmpk tmpt lain dah.miskin x ada tmpt lain,msti kelantan.tp ada dia org pndng srawak,pndng trngganu,pndng perak.apa baik sngt ke urus tadbir BN tu.cuba tngk dlm rncngan bersama tv3,smpai ada yg mkn sput babi pun ada.buta prut btul le pnyokong UMNO ni.
bagi aku masa BN berkuasa di Kelantan....cam tu juga tapi rasanya lagi teruk daripada sekarang....Aku masih ingat suasana BN memerintah Kelantan....pengemis punya le ramai....apa BN buat masa tu....kata nak bangunkan Kelantan....nak tolong rakyat Kelantan...cakap kosong...Sebenarnya org luar yg pi ke Kelantan mrk merasa sangat seronok di sana....Malangnya spesies macam AKP ini terlalu ramai yg menidakkan...nya.
masyaAllah..xder kemaluan ke najib bercakap macam tu seolah-olah dia amalkan apa yang dia cakap tue...xder rasa sedikit malu ke untuk bercakap sedemikian...
hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa aku malu mempunyai seorg pemimpin yang sebegini rupa
Post a Comment