Kata Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.Sejak bila pula si Nazri ini kisah akan masa depan Pakatan Rakyat? Kalau benar TG Haji Hadi nak Jadi Perdana Menteri ianya pasti tidak mendatangkan masaalah bagi Pakatan Rakyat..
Tapi kalau nak kata tak jadi masaalah tu.. bohonglah.. pasal kalau Anwar tak jadi Perdana Menteri pasti ada puak-puak yang berlindung dibawah ketiak Anwar tu akan sakit hati..
Sakit hatipun korang kena sedar.. korang berada sebagai pemimpin itu adalah kerana rakyat bukan kerana korang kawan Anwar..
Puak itu saja yang sakit hati rasanya.. bagi penyokong yang tidak ada kepentingan seperti aku ni.. rasanya siapapun jadi Perdana Menteri kami tak kisah..asal bukan pemimpin UMNO!!
Yang akan menghadapi masaalah lebih besar ialah para pemimpin UMNO yang korup dan menyalahguna kuasa untuk membina harta..
Ada pihak yang kata beliau meracau setelah terbangun dari tidur.. tapi hakikatnya ialah beliau cuba untuk menjadi batu api bagi melaga-lagakan sesama Pakatan Rakyat..
Nak jadi batu api pun.. janganlah sampai nampak jelas sangat...
Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.
Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu — nafsu baru untuk berkuasa.
Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.
Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.
“Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
“Jika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat,” kata Nazri pada sidang media di sini hari ini.
The Malaysian Insider

5 comments:
Bangang punya batu api.
Nak menakut-nakutkan penyokong DAP kunun,dan menyakitkan hati PKR, orang cina dah lama terima parti islam lah.
Kalau Anwar tidak diterima jadi PM, Guan Eng pun boleh wah. Apa takut sama islam dan budis. Kalau ada iban sarawak, bisaya Sabah pun boleh, apa salah
Kita orang sama2 share tuan Allah, wah. Ini Tuan Nazri sembah batu sama api kah?
Yg telah pasti PAS telah berubah - ini memerlukan keberanian dan kesedaran yg kuat - Tak spt amco dulu kini dan selama-lamanya bertambah biyol !
Bukan kesalahan pun jika kedua dua tokoh tsbt bercita cita menjadi PM .. Bahkan tak salah kalau Hishamuddin atau KJ bercita cita menjadi PM ..
TAPI KAMI MAHU PM YG BERJIWA RAKYAT DAN BERPERIBADI SERTA AKHLAK YG MULIA...
Kami dpt menilaikannnya jd jgn lah susah susah jd batu api atau nak terus menipu kami
orang yang suka jadi batu api adalah orang yang paling dibenci oleh masyarakat.
Mengapa UMNO begitu peka dengan keputusan pemilihan PAS? Atau lebih sedap kalau aku kata PAS buat UMNO betul2 merah telinga. Selama ini UMNO tak pernah pun takut dengan apa PAS buat, tiba2 hanya kerana pemilihan ini UMNO kepanasan. Kunci kepada soalan ini ialah Mat Sabu. UMNO selama ini berani buat kurang ajar dengan Nik Aziz dan Hadi Awang yang tak tau melawan balik dengan agresif. Dengan Mat Sabu cubalah kalau UMNO berani? Rakyat memang menanti kehadiran seorang dari pembangkang yang boleh lada mulut 3 orang politikus Melayu yang terkenal sebagai cukup celupar - Ibrahim Ali, Bung Mokhtar dan Nazri Aziz.
betul tu FMzam
kali ni biar umnoapco rasa macam mana pulak.aku nak lihat biar diaorg panas sampai ke hari pengiraan undi terakhir sblm kita sumbat puak2 ni dalam penjara.minta kubu kuat terakhir BN di johor supaya diperbesarkan lagi penjara kat sana termasuklah simpang renggam tu.kita letak ramai2 org jenis macam ni berkampung di kubu kuat yg terakhir diaorg di johor.
pemilihan MUKTAMAR PAS 57 ni membariskan wakil yg agresif untuk bertindak balas... dgn dibarisi
abg mat sabu,salahudin,husam musa, mahfuz,uztaz azizan dan banyak lagi yg lantang dalam menegakkan prinsip rakyat malaysia.itu tidak termasuk lagi dgn ahli PR yg lain,harap2 diaorg dapat berganding bahu untuk membela nasib rakyat.sistem pentadbiran negara skrg ni perlukan sesuatu yg agresif untuk bertindak sebagai PRO dan KONTRA dalam salah laku yg dicemarkan oleh puak umnoapco.sudah ter lalu teruk umnoapco buat pada negara kita.jadi kita perlukan wakil macam ni untuk membenam umnoapco dalam selut di kandang babi.
Post a Comment