Monday, June 27, 2011

Najib habiskan hampir RM1 Juta untuk setiap lawatan.

Ketika rakyat mula merasakan keperitan hidup akibat mula dihimpit dengan kenaikkan harga barang rentetan dari proses rasionalisasi beberapa keperluan asas.. dimana beberapa subsidi telah dipotong atau dimansuhkan oleh Pentadbiran Najib..

Ketika rakyat dipaksa mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kuasa membeli yang semakin menguncup akibat dari kenaikkan harga barang yang peratusannya jauh melebihi peratusan kenaikkan gaji setiap tahun..

Najib sendiri yang telah membenarkan pemansuhan atau pemotongan subsidi itu tanpa memikirkan alternative lain bagi mengelakkan rakyat terbeban akibat proses rasionalisasi itu, menunjukkan kepada kita betapa tidak prihatinnya beliau akan nasib rakyat..


Ketika kehidupan kita mula perit akibat kenaikkan harga barang yang terjadi akibat pemotongan subsidi oleh pentadbiran Najib itu, Najib sendiri masih mengamalkan cara hidup yang mewah..

Amat mewah kerana beliau dilaporkan telah membelanjakan hampir RM1Juta sebulan untuk membiayai lawatan rasminya semenjak dari Januari tahun ini..

Iaitu hampir 40 kali ganda dari gajinyanya yang berjumlah RM22,826.65 sebulan..

Laporan berikut menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.



Sumber dokumen dari Milo Suam dan laporan lebih lanjut sila baca di Milo Suam

Baca juga Perbelanjaan Melancung Najib dan Rosmah berjumlah RM17,118,650.58 di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails