Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, June 2, 2011

Kickdefella Bohong!

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.


Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."


Harakahdaily

7 comments:

Anonymous said...

Isshhh..isshhh..isshhhh... cobaannnn

Anonymous said...

dr dulu husam diserang ... kali ini di saat saat akhir .. mengapa dedah kan skg ?? dan kenapa dah diberi duit pun di dedahkan ??

org mcm Kickdefella ni tak leh pakai.. duit yg diberi sbyk itu utk org yg baru nak bertanding yg perlukan sgt sgt pd kempen ...

dulu bhg husam calun kan mat sabu kemudian skg dikabarkan bertukar ke tuan ibrahim... tu pun kata husam kencing kan mat sabu ... melainkan jika kedua dua nya ada perjanjian atau kompromi ..

sudah tentu bila tuan ibrahim bertanding perwakilan merasa kan tuan ibrahim yg layak jd salah ke kalau mereka tidak pilih calun yg asak...

bg aku pasti husam ada kelebihan maka itu dia di serang ...

Anonymous said...

lebih kurang setahun lalu kickdefella ditahan polis di dang wangi..sehari dua lepas tu beliau di bebaskan tanpa syarat. sejak itulah sikap kickdefella sedikit demi sedikit berubah menajdi duri dalam daging. sama halnya dengan Gobala dan Zul kulim, allah yg maha mengetahui apa yg berlaku semasa mereka ditahan.

Anonymous said...

dgr2 cerita sume mnde ni adlh dr seorg lg calon naib presidn..die nk sabotaj husam sbb husam dpt perhatian nik aziz..

FMZam said...

Kalau ada orang yang selalu kena hentam, orang tu bukan orang lain melainkan si anak haram jadah yang bergelar Kickdefella yang maknanya lebih kurang "Terajangsibaghaltu".

Anonymous said...

buat menjatohkan mertabat syed mentahkedarah duit kerja behong.

Anonymous said...

Proses brainwash menjadi ar tu. Cuma org yg kental semangat juang je yg boleh brtahan mcm Saari Sungip tu. Org dia cool & tak gelabah mcm YB Zul, Gobala dsbny tu.

Archive

Related Posts with Thumbnails