Tuesday, June 21, 2011

Ketua Puteri UMNO Jerlun Didakwa Berkhalwat (Video)

Link Video sila lihat di akhir entry..

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob (gambar), 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil (gambar kecil), 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.


Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.


Video sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails