Monday, June 6, 2011

Kerana EPU, Rakyat tanggung RM131.3 bilion pada tahun 2010... dimana Najib?

Sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan oleh rakyat, Najib seharusnya menjawab pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap Skandal Subsidi Gas yang menyebabkan Rakyat menanggung kos berjumlah RM 131.3 Bilion pada penghujung tahun 2010.

Err.. itu pun kalau Najib berani untuk bertanggungjawablah...

Dan jika Unit Perancangan Ekonomi (Economy Plundering Unit?) itu ditubuhkan hanya untuk membantu kroni-kroni UMNO/BN meningkatkan kemajuan ekonomi mereka, untuk apa rakyat membayar cukai pendapatan yang digunakan bagi membiayai gaji mereka? ianya sewajarnya menggunakan wang dari UMNO bukan dari rakyat....


Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Tan Sri Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.

Tan Sri Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010.

Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion. Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion. Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.

‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.

Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

LIM GUAN ENG


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 6 June 2011.

The Prime Minister Should Answer Tan Sri Ani Arope’s Revelation That The Economic Planning Unit(EPU) Is Responsible For The Gas Subsidy Scandal That Costs The Public RM131.3 Billion At End 2010.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should answer former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope’s revelation that the EPU is responsible for the gas subsidy scandal that costs Malaysians RM131.3 billion at end 2010. Tan Sri Ani chose to resign from his executive chairman post rather than sign the imbalanced deals, which saw the first generation of IPPs created, such as YTL Power Services, Powertek and Malakoff during the Mahathir administration.

EPU forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh. Tan Sri Ani even dubbed EPU as the "Economic Plundering Unit" for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago where Tenaga must purchase power it does not need. This has resulted in Malaysia having the highest energy reserve margin in the world at 52.6% at 2010.

Up to end 2010, Petronas has extended about RM131.3 billion in gas subsidy to both the power and non-power sectors. If the gas prices remain unchanged (power sector at RM10.70 per MMBTU; non-power sector at RM15.35 per MMBTU), about RM27 billion in 2011 would have to be incurred.

Tenaga Nasional Bhd was allowed the 7% increase as Tenaga had to pay more for natural gas prices that has increased by RM3 per MMBTU, which would cut its gas subsidy costs to RM25.64 billion from RM27.22 billion. Clearly, there is no justification for Putrajaya to hike electricity tariffs by 7% when a review of the original terms of IPPs would be more than sufficient to cut the subsidy bill.

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) has pointed out the Malaysian power sector had yet to translate its price advantage in fuel prices into more competitive electricity rates despite paying less for natural gas (RM13.70 per mmBtu) compared to Thailand (RM18.23), Singapore (RM43.32) and Indonesia (RM21.04). The cost of electricity in Malaysia following this hike is nearly at par with Thailand... If we compare with Thailand’s rate for low, medium and high voltage, Malaysia’s electricity tariff for all these categories is higher.

The Prime Minister must answer why Malaysians must pay for the mistake or the imbalanced deals by EPU that is against national interest because it benefited the few IPPs at the expense of 27 million Malaysians.
LIM GUAN ENG

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails