Monday, June 27, 2011

Ditangkap Berkhalwat : Ketua Puteri UMNO Jerlun dipecat.

Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Kononnya bagi menunjukkan kepada Rakyat bahawa UMNO tidak memerlukan Pemimpin yang tidak bermoral seperti mereka.. Hakikatnya itu adalah hukuman untuk Pemimpin-pemimpin UMNO yang bertaraf ikan Bilis.. bagaimanapun jika tarafnya telah meningkat atau berubah menjadi Jerung hukumannya pula adalah berbeza.. mereka tidak dihukum tetapi dihargai..


Contohnya yang telah disahkan terlibat dalam politik Wang telah diletakkan sebagai Calon malah atas sebab tertentu beliau dilantik pula mempengerusikan Felda..

Lagi seorang pula suatu masa dulu telah diberikan pilihan samada meletakkan kesemua jawatan dalam parti atau menghadapi tuduhan merogol budak Sekolah di Mahkamah, pemimpin tersebut dikatakan telah memilih untuk meletakkan kesemua jawatnnya dalam parti dan sebagai hukumannya beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Risda..

Begitu juga dengan seorang pemimpin yang dituduh meraba punggung seorang pelayan yang kemudiannya kita menyaksikan tuduhan tersebut tiba-tiba ditarik semula, sebagai hukuman pemimpin tersebut telah dilantik sebagai Duta ke US disamping masih lagi memegang jawatan Ahli Parlimen..

Bukan saja undang-undang untuk rakyat berbeza malah undang-undang untuk Ahli mereka juga berbeza mengikut taraf…


Umno Kedah gugur Yusmawati, Jasmi ditangkap khalwat

June 27, 2011KUALA LUMPUR, 27 Jun — Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif. - The Malaysian Insider


Baca juga 'Ketua Puteri UMNO didakwa berkhalwat'

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails