Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, June 7, 2011

Di Bawah UMNO, Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan (Video Inside)

SHAH ALAM 7 JUN : Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan.

Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan.


Mohamad Sabu berkata anggapan Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan minda cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

“Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” beliau memberitahu TVSelangor.

Mohamad Sabu dan Mahfuz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan.

Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka.

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan,

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

“Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu.

Najib hari ini dalam sidang medianya di Astana, Kazakhstan megah berkata UMNO BN sudah lama mengamalkan pemerintahan secara berkebajikan.

Beliau tanpa segan silu turut menyenaraikan jasa kerajaan pimpinannya kepada rakyat termasuklah pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan banyak lagi.

Mahfuz berkata Najib dan Muhyiddin seharusnya memahami dengan jelas konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Konsep negara berkebajikan adalah sebuah negara yang menitik persoalan yang berkaitan dengan kesejahteraan. Apa yang berlaku hari ini adalah, walaupun diberi sesuatu kepada rakyat, rakyat tidak dapat merasai kesejahteraan dan kedamaian dlam kehidupan negara kita ini, umpamanya beban kos hidup makin meningkat," kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan Najib kononnya barisan kepimpinan PAS yang baru dipilih 4 Jun lalu terlalu memfokuskan soal pilihan raya umum akan datang.

"Salah satu hala tuju PAS ialah pilihan raya. Untuk nak terjemahkan hala tuju PAS itu mestilah kena menang pilihan raya. Apa masalahnya kita beri tumpuan pada pilihan raya. Kita mesti dapatkan kuasa untuk laksanakan hala tuju PAS," trgas Mahfuz.

TVS News

16 comments:

penemuan luar biasa said...

heh... mcm2 adaaaa

Anak kg pertama said...

Najib kata negara kebajikan dah bermula sejak 1957 lagi atas perjuang UMNO...nasihat aku janganlah marah2 geng of PR...jangan guna modal yg UMNO dah laksana...sebab modal PAS dulu cakap nak bina negara Islam tak boleh lagi sebab Hadi kata tiada dalam Al Quran time Muktamar baru2 nie..maka tiada modal lagi bermula hari tersebut untuk PAS..Allah SWT bayar cash..sebab jual nama Islam..

Anonymous said...

kesian mat sabu dengan mahfuz selama duduk kat malaysia ni dia rasa terseksa... ni lah orang2 yang tak reti nak bersyukur...tak pe p la duduk kat mana2 negara lain...

Anonymous said...

Kenapa diorang panggil barisan professional? Mat Sabu & Mahfuz tu lulusan ape ye? Maaf tanye ye? Ada jugak sedikit kekeliruan, dari segi mengembalikan kekayaan negara kpd rakyat, saya rasa kerajaan BN mmg ada buat usaha itu seperti apa yg DSNTR katakan. Dar segi kenaikan kos hidup, bukan ke skg satu dunia mengalami kenaikan inflasi, dan bukan saje Malaysia yg menghadapi masaalah ini?

FMZam said...

AKP,

Dah lah kau libatkan Allah, kau persendakan Allah bayar cash....masyaallah AKP kau ni orang kafir pun tak permainkan nama Allah jauh sekali nak persendakan Allah sama seperti manusia....Kau ni kafir laknatullah jenis apa ni AKP?

FMZam said...

Anon profesional,

Mat Sabu, Mahfuz dan PAS tak pernah kata ada kumpulan profesional dalam PAS. Yang kata PAS ada kumpulan profesional dan Erdogan tu ialah UMNO. Lagi satu soal kelulusan bukan syaratnya untuk jadi pejuang rakyat dan Allah kalau nak hantar Mat Sabu dan Mahfuz untuk lawan babi2 UMNO ni tak payah hantar orang yang ada kelulusan tinggi kalau yang nak ditentang itu walau setinggi mana pun kelulusan mereka tetap babi. Akhir sekali yang UMNO tu kelulusan tinggi tapi kepandaiannya hanya jadi penipu rakyat buat apa?

Anonymous said...

hello budak kaniaq kg pertama,
Hang tau apa!Jangan cuba ulas perkara yg hang tak faham....akan makin dekat nanti hang dengan neraka jahannnam.

Anonymous said...

PAS pukimak! blog anak sungai durhaka lanchau!

Anonymous said...

anon 12:57, hang pun nak belajar dari pemimpin2 hang ka nak buat negara ni macam mak bapak hang punya? suruh orang yg mengkritik dasar umno tinggalkan malaysia.
piiiiirah manpuih, pemimpin2 umno yg jahil tu bukan saja akan terus dikritik malah akan terus ditentang sehingga bendera keris berkarat umno tu di humban ke lubang najis.. tempat yg selayak-layaknya bagi umno.

Anonymous said...

UMNO/BN dh lama bt negara kebajikan????
kahkahkah... kahkahkahkah... lawok la UMNO ni...
Ada sapa2 boleh bagi jawapan berapa ramai rakyat malaysia yang hidup bebas dengan hutang!!???
selama di bawah umno, makin bertambah HUTANG ada la... kebajikan konon... kahkahkahkah..
Nak undi BN lagi?????

Anak Sungai Derhaka said...

Apahal Anon 9:11 marah sangat tu??

Anonymous said...

Negara berkebajikan. UMNGOK seboleh-boleh nak cakapkan yang merekalah perintis dan pernah wujudkan negara berkebajikan terlebih dahulu sebelum PAS. Hahaha UMNGOK ni semua depa nak banyak bebenau MOTO, MISI, VISI yang depa ni canangkan tapi satu hapak pun xpernah ikut konsep, cuma sekadar `selogan jek. Mcm slogan sekarang Rakyat Didahulak Percanpaian Diutamakan....hahaha fucklah Be End...setakat selogan tapi kosong xpayahlah nak cakap kolah perintis....

Anonymous said...

Anon 9:11,

Orang cerdik akan berhujah....rasional sikit

Anonymous said...

Anon 9:11 dh xde modal lah tu...slalunyerrrr org UMNO ni xreti nk berhujah...dhla minyak naik, dan skrg ni letrik naik pn dok sokong lg....msih tak terbuka minda...

aku pn pelik ngan org cmni...

aku hrp wktu pilihanraya nnti pilih calon yg elok2...jgn pilih yg ada kepentingan dan makan duit rakyat...haprak UMNO dan BN...dh lame sgt memerintah...

yg diorg dok percaya dngar RTM,TV3,Surat khabar mengarut dll..

buka minda tu sluas2-luasnyerr...

Anonymous said...

Kalau dah kereta tu dah lama tahun 1957, tau tau saja kerenahnya. Apalagi tukarlah yang baru kerajaan baru. Baru lancar sikit. Orang tua hang cakap macamana pun dia tak faham dah - nak buat kebajikan pun stail lama juga.

penternak_lipan said...

pada anjing2 yg menyalak untuk puak umnoporno...
termasuk Anjing Kepada Pencacai(AKP)
statment pertama yg bleh aku ckp kat dia org ni..ialah pukimekss korang wehehehehe.
sian kat hang a.k.p
umnoporno negara kebajikan kunun.....loya nihh!!! uweks!
pirah....takat guna negara berkebajikan dari tahun 1957 tapi tak laksana buat apa bro.
program islam hadhari mana hilang dah ni...dah kata dilaksana..
laksana laa ..bangsat oii..apesal tak buat lagi....

Archive

Related Posts with Thumbnails