Tuesday, June 21, 2011

Demi Rakyat : Jelaskan Status RM 250 bilion harta pusaka..

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dituntut menjelaskan kedudukan 309,696 unit wasiat dan jumlah tabung amanah yang diuruskan Amanah Raya Berhad bernilai lebih RM 250 bilion, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, beliau difahamkan bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividen kepada waris si mati, tetapi wang amanah tersebut dilabur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


“Saya dimaklumkan dengan bukti nyata bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividen kepada wang pusaka yang dipegang, tetapi dilaburkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini secara kompetetif. Malah, segala dividen yang diperolehi dipotong sebagai ‘acceptance fee’.

“Persoalannya, kemana perginya dividen sepatutnya diagihkan kepada pewaris-pewaris si mati yang wajar dinikmati hasil pelaburan amanah ini?

“Apakah dengan penarikan subsidi kepada rakyat melibatkan wang dividen pewaris si mati? Apakah Kementerian Kewangan kering kontang? soalnya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 hari ini.

Anwar mempersoal prestasi pelaburan wang amanah yang diuruskan Amanah Raya Berhad kerana ia melibatkan unit wasiat dan jumlah nilai yang besar.

Beliau merujuk kepada satu kes di Terengganu bahawa tidak wujud langsung rekod pengagihan dividen bagi tempoh 2009, 2010 dan sehingga Jun 2011.

Amanah Raya dikorporatkan pada 1995 dengan tujuan untuk melabur wang pusaka yang terbeku, sama ada di pejabat Pesaka atau Mahkamah Tinggi untuk memberi faedah hasil pelaburannya kepada pewaris-pewaris sementara menunggu penyelesaian pembahagian pusaka.

Sebelum ini, ia dikenali dengan nama Jabatan Pemegang Amanah Raya Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka ditubuhkan sejak 1921.

Amanah Raya Berhad dikorporatkan di bawah Akta Syarikat pada tahun 1995 sebagai syarikat milikan penuh kerajaan dengan pegangan saham oleh Kementerian Kewangan.


http://www.keadilandaily.com/?p=15561

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails