Monday, June 13, 2011

Blogger Pro-UMNO, Tak Menyalak Tak Makan?



Biarpun teguran dari Zahid Hamidi kepada blogger Pro-UMNO yang mengatakan bahawa unit media baru UMNO telah gagal menjalankan "tanggungjawab" mereka dalam berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit media baru pembangkang telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadapnya oleh Blogger Pro-UMNO.. bagi aku Zahid menunjukkan kepada kita beliau mengakui akan pentingnya peranan yang dimainkan oleh para Blogger baik dari UMNO mahupun Pakatan Rakyat..


Zahid sedar bahawa keujudan para Blogger itu penting dan sikapnya tidak seperti seorang pemimpin Pakatan Raykat yang telah memperkecilkan kemampuan media baru yang dikendalikan oleh penyokong Pakatan Rakyat..

Pemimpin tersebut pernah berkata “ Alaaa… sorang blogger saja…” bila masaalah yang melanda seorang blogger Pro-PR dikemukakan kepadanya..

Oleh kerana kesemua bloger Pro-PR tidak dijemput untuk berjuang tetapi menawarkan diri untuk berjuang.. perjuangan tetap diteruskan..

Berbalik pada kisah kritikan Zahid itu..Blogger Pro-UMNO dalam menzahirkan rasa tidak puashati mereka terhadap kenyataan Zahid, ada antara mereka telah secara tidak sengaja mendedahkan bahawa mereka memang dibayar untuk menghadapi Blogger Pro-PR..

Di dalam UMNO hanya yang menyalak mendapat habuan

Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menghadapi pembangkang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber UMNO gagal dan tidak sistematik menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Kebiasaan amalan di dalam UMNO semua kerja mesti dibayar tidak ada lagi perjuangan yang ikhlas tanpa habuan. Ada duit semua jadi.

Begitu juga amalan di dalam UMNO mereka yang betul-betul ikhlas buat kerja tanpa habuan tidak pernah dikenang dan diganjarkan.

Mereka-mereka ini seringkali menjadi mangsa makanan jerung besar yang hanya mengambil kesempatan seperti memerah tebu sampai tinggal hampas akhirnya habuk pun taraaaaak.

Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput.

UMNO harus melihat betul-betul mereka yang ‘deliver’ supaya mereka ini kelak tidak disambar pembangkang.

Posted by MUMMY ROKIAH

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails