Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ahli Pas akan mempersoalkan kepimpinan baru parti itu kerana perjuangan mereka terhadap negara Islam kini semakin kabur. Menurutnya, ahli Pas akan mempersoalkan hala tuju parti itu dalam memperjuangkan Islam selepas kepimpinan ulama dipinggirkan oleh kepimpinan baru yang dipilih semalam..Itu adalah kenyataan Hishamuddin yang disiarkan didalam Lidah Rasmi UMNO.. Hishamuddin mungkin terlupa bahawa pemilihan itu telah dilakukan oleh wakil-wakil yang mewakili suara ahli-ahli PAS.. jadi bagaimana akan timbul suara tidak puas ahli-ahli PAS sedangkan wakil yang mengundi adalah wakil mereka?
Kenyataan Hishamuddin itu juga membuktikan kepada kita bahawa Hishamuddin tidak tahu menghormati suara akar umbi.. dan beliau juga tidak faham apa itu demokrasi.. maka tidak hairanlah jika banyak pihak yang mengatakan bahawa dalam PRU13 ini, kuasa UMNO/BN akan dikekalkan oleh pendatang dari Indonesia, Bhangladesh, Myanmar, Vietnam, China dan juga India selain dari Filipina..
Kalau korang jenguk Lidah Rasmi UMNO on-line hari ini, pasti korang akan Nampak betapa banyaknya artikel dan juga komen-komen manusia-manusia yang tiada kaitan dengan PAS memberikan ulasan tentang keputusan Muktamar PAS semalam..
Selain dari kecewa dengan penolakkan mentah-mentah Video Lucah edaran UMNO oleh PAS, mereka yang jelas kelihatan sakit hati memperlihatkan ketakutan mereka juga terhadap barisan kepimpinan PAS yang baru..
Antara artikel yang cuba melagakan pula ialah Imej Pas terhakis setelah tukar matlamat, Kemenangan Mat Sabu bukti pimpinan ulama tak relevan, Pas kini terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam dan Ahli akan persoal kepimpinan baru Pas.
Dan artikel ini paling menarik bagi aku… kalau benar Anwar boleh mempengaruhi perwakilan PAS untuk menentukan halatuju PAS.. memang Anwar sangat hebat…
'Tangan ghaib' bantu kemenangan Anwarinas
KUALA LUMPUR 5 Jun - Agenda 'tangan-tangan ghaib' di luar Pas berjaya memperlekeh golongan ulama dalam parti itu sehingga mereka diketepikan dalam pemilihan pucuk kepimpinan yang diumumkan semalam.
Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim (gambar) berkata, tulisan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang mempertikai para ulama Pas secara tidak langsung berkempen bagi kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Anwarinas seterusnya memberi kemenangan kepada mereka.
"Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Nik Khairul Annuar dalam pada itu berkata, Pas mungkin boleh menafikan apa sahaja tetapi ahli parti nampaknya lebih menjaga hati Anwar dan DAP berbanding hati golongan ulama.
Menurutnya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin juga telah mendesak Joceline supaya memohon maaf kepada golongan ulama atas tulisannya itu.
"Justeru, orang ramai terutama Melayu perlu membuka mata terhadap tindakan 'tangan-tangan ghaib' ini kerana tidak mungkin Joceline hanya membuat kesimpulan tersebut semata-mata untuk kempen bagi pihak Anwarinas," katanya.
Sementara itu, Nik Khairul Annuar menyifatkan tindakan Pas menukar matlamat parti itu daripada menubuhkan negara Islam kepada mewujudkan negara berkebajikan hanya permainan politik untuk menarik undi.
Katanya, Pas kini terikut-ikut agenda Anwar yang lebih mengutamakan keinginan peribadi dan kuasa sehingga mendahului prinsip parti sebelum ini yang mahu memperjuangkan Islam.
Lidah Rasmi UMNO

8 comments:
Kenyataan2 dari dua ekor beruk paling bodoh dalam UMNO, Muhyiddin dan Hishamuddin yang kebetulan orang Johor, memang tak pernah tak bodoh dan sekarang dua2 ekor ni mengeluarkan kenyataan bodoh juga lagi, tapi kali ini memang nyata berbau hasutan untuk mengapikan pergeseran sesama PAS. Inilah dia bila dua ekor beruk Johor menunjuk2 siapa beruk yang tidak bodoh kerana dua2 tu berangan untuk jadi PM menggantikan Najib.
Macamana beruk UMNO pulak yang lebih tau ahli PAS akan mempersoalkan kepimpinan baru ni? Baguslah kalau nanti memang ada ahli PAS yang timbul dengan persoalan itu maka kita taulah yang dia tu memang geng beruk UMNO.
yg amat menakutkan mereka - umco ialah perjuangan pakatan semakin mantap ! begitu lah org yg memberi komen dlm ketakutan .. bunyi ckp mcm dulu PAS berjuang utk negera Islam (masa tu di nafikan abis abisan dan smp menghina ulamak PAS) skg kata tak berjuang pulak... mrk tdk dpt terima PAS melangkah ke fasa seterusnya.. PAS dah cukup berdakwah dan rakyat dah melihat nya .. maka fasa skg ialah mempraktikkan pulk supaya menjadi ikutan dan contoh kpd bangsa lain..
bukan kah nabi saw pun si pegembala kambing ??? kenyataan ini membuat aku merasakan kekeciwaan mrk yg teramat sangat .. ternyata pilihan kali ini berjaya menyerunkan amco ... dan mrk tidak ada isu pribadi utk menyerang pemimpin PAS... alahai amco... kesian amco ...
hrp anak anak muda PAS terus bersemangat menentang kezaliman dan memberi sokongan padu ..
SOALAN UNTUK HISHAMUDDIN.
ADAKAH TANPA ULAMAK SEBUAH NEGARA ISLAM TIDAK DAPAT DITEGAKKAN? NO WONDERLAH MALAYSIA TAK JADI NEGARA ISLAM KERANA PEMIMPINNYA BUKAN DARI GOLONGAN ULAMAK.
YANG PENTING ADALAH PRINSIP PERJUANGAN DIKEKALKAN DAN DIIMPLIMENTASIKAN. kALAU MAT SABU SEBAGAI PRESIDEN SEKALI PUN, PRINSIP PERJUANGAN PAS TETAP KEKAL.
Munkeee ni jangan menyibuk dan jadi jurucakap PAS...jaga parti awak tu yang nak lingkup..Satu soalaan...kenapa pemilihan UMngok ditunda...jawablah!!!!!!
FMZam bukannya dua ekor beruk Johor menunjuk2 siapa beruk yang tidak bodoh tapi menunjukkan mana yang paling bodohhh. kakakaka (ketawa versi Mr Crab - spongebob)
Alahai! Umco, umco! YAB Mursyidu'l Am PAS kata yg mengundi tu bukan ahli Mykad, bukan pendatang dari Bangladesh lah! Perwakilan PAS, yg dipilih oleh akar umbi PAS. MY dan HH tu belum rasa virus yg bakal mrk terima dari ahli akar umbi umco lagi. Kami parti Pakatan Rakyat sudah selesai melaksanakan dapatkan mandat dari ahli kami. Ternyata mantap. Sekarang giliran UMCO pulak tunggu giliran. Ingat kali ini pemilihan mereka di buat di cawangan, ahli akar umbi. Dapat ke mereka cover semua perwakilan yg berjuta tu, termasuk mantan Presidennya yg no ahlinya entah keberapa juta tu! (Kerana pernah keluar parti, kemudian masuk balik. Tolong semak TDM dan isterinya, no ahli UMNO mereka). Setahu saya, ramai ahli UMNO dah tinggalkan UMNO! Tapi nama masih ada dalam senarai keahlian parti. Dan Mahyuddin Yasin dan Hisyamudin Hussein pulak terlibat secara langsung dlm kes 'Video lucah' melalui cakap2 dan tindakan mereka. Bebaskan Datuk Trio, membenarkan isi video bahawa pelakun adalah Anuar Irahim, tidak mengambil tindakan terhadap media utama perdana negara memperluaskan fitnah video tersebut. Ahli UMNO wajar nyahkan barisan kepimpinan UMNO kerana telah cemarkan perjuangan parti ke tahap lebih hina dari binatang.
Saya sangat pasti soal itu. Kerja UMNO kini ialah jaja 'Video lucah'. Jadi cakap2, komen mereka terhadap hala tuju Kepimpinan PAS, PKR & DAP kini cukup mantap untuk aras berikutnya, Pentadbir Putrajaya. Sesungguhnya Bibi Mama pun Muhyiddin dan Hisyamuddin dapat nak hadapi! Kesian sungguh saya tengok mereka! What say U!
kalau mat sabu jadi presiden sekalipun beliau tidak boleh membuat keputusan sediri kerana dalam pas ada syura ulamak oleh itu tidak timbul soalan pas meminggir gulungan ulama.
pada ASD tolong cari tgk info2 berita terkini mengenai kimmak cap ayam. tgh malam semalam masa aku menonton nightline kat tv3suku stgh masak..persatuan kimmak tu telah berjaya meng register ahli diaorg untuk layak mengundi 100,000 org.
entah betul ke entah tidak...
ye tak.kalau betul...mmg teruk la taktikal diaorg.dan minta org yg berkaitan siasat.kalau angin tu abaikan aje
Post a Comment