Tuesday, June 21, 2011

Bersih : Tidakkah Blogger ini juga menghasut?

Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.


“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya.

Berikutan itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya.

Dan Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,”

Biarpun tidak bersetuju dengan Akta Hasutan , Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee telah menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan.

Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu krisis perlembagaan Perak, maka saya tidak nampak mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu.".

Jika Ibrahim Ali perlu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan.. bagaimana pula dengan Blogger ini? Yang juga menurut jejak Ibrahim Ali mengugut dan menakut-nakutkan masyarakat Cina??




Video yang disiarkannya..




Link dibawah hanya untuk rujukan.. korang jangan klik!!

Blog tersebut ialah Panglima Perang Cyber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails