Sunday, June 26, 2011

BERSIH : 30 Aktivis PSM didakwa perangi Agong.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.. bukan Parang.. harap maklum.

GEORGE TOWN, 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.

Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.


Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara. - The Malaysian Insider


Semalam Malaysiakini melaporkan..

'Hasut' BERSIH: 59 anggota PSM ditahan

Bas membawa 31 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghala ke Pulau Pinang malam ini dihentikan polis di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

Awal petang tadi, sebanyak 28 lagi anggota parti itu ditahan dalam bas di Tangkak, Johor tadi, termasuk Setiausaha Agung A Arutchelven.

Menurut anggota jawatankuasa pusat PSM Choo Chon Kai, kira-kira 30 anggota polis menghentikan bas di Sungai Dua pada jam 3.30 petang.

Katanya, bas daripada Sungai Petani itu menghala ke Pulau Pinang untuk ceramah 'Udahlah tu, bersaralah BN' di Bayan baru.

Kumpulan itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kepala Batas untuk disoalsiasat.

"Kami diberahi bahawa bas dihentikan kerana kami cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai," katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails