Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, June 2, 2011

APA?? Najib orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.


Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Malta pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Misteri tersebut sebelum ini didedahkan Pengarah Uruseti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal selam, iaitu pengarah Perimekar Sdn Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Nordi juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002.

http://www.keadilandaily.com/?p=14604


Berita sebelum ini..

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.

http://www.keadilandaily.com/?p=13501

7 comments:

Anonymous said...

Jgn le bagi PM kita ni gelabah. Nnti dia x leh control negara sbb pikiq masalah dia je. Sepatutny kena bantu PM kita ni dgn edarkn gambar dia dkt Malta tu. Dengan siapa.. dengan siapa.... barulah dia cool... peluh skit je (kena pakai aircond 'cooling king')

Anonymous said...

Couple kalau dating berdua akan ada org ketiga iaitu setan.. so klau btul Najib ni org ketiga mmg sah setan mamat ni..

Anonymous said...

Habis lah telinga Najis kena pulas Big Mama.......

Big Mama : ' oh teringin sangat nak threesome rupanya'

Najis : ' su....su....su....sumpah abang tak pi Malta. Abang pi Macau aja'

Anonymous said...

KEPADA RAKAN2 UMNO SEKALIAN,
MEMANDANGKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA DATO' SERI NAJIB DAH MERUDUM, SUKA SY MENCADANGKAN AGAR RAMAI2 KITA MINTA NAJIB TURUN DARI TAKHTA. GANTIKAN DENGAN YANG PALING BERSIH. LIHAT APA BERLAKU BILA KITA GANTIKAN DGN PAK LAH PADA PEU 2004. KITA MENANG BESAR !!!

penternak_lipan said...

pd anon 6.28pm
cap karipap basi.
sbb tukar yg mengundi pd 2004 kita menang besar yea?
tapi untuk pengetahuan hang
attention!!!!!PRU13 ni kami nak tukar parti politik yg perintah kerajaan skrg.tak payah suh sapa2 wakil dari dalam umnoporno tukar a.k.a ganti.mmg dah tak ada tempat pun...buh pi la sapa pun...sbb untuk pengetahuan hang skrg ni..rakyat tak suka UMNO!!!! bukan org perseorgan.kalau buh ustaz harussani jadi wakil umno pun....rakyat tak akan sokong lagi dah.cukup la 53 taun.bagi kat org len plak.
ada paham!!!

p/s:sarip dol kantoi dgn dompetnya

Anonymous said...

Teruknya p'mimpin2 yg di pilih rakyat. Patut le down the line huru hara kerana ' Pemimpin jadi tauladan' Kalu tak nak tuka kita 'Kita Bako aje'

Anonymous said...

tapi malang nya...kebenaran macam ni susah nak tengok dan di ulas berhari hari kat media arus perdana. Cuba kalau melibatkan pemimpin PR...dari sumber yg ntah dari mana pun boleh letak kat front page...pas tu TV3 dok ulas berhari hari....

Archive

Related Posts with Thumbnails