Sunday, June 12, 2011

Amaran Dari PERKASA.. Batalkan perhimpunan Bersih

Kata Ibrahim Ali "Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan,"

Takutnya aku!!! dengan amaran dari PERKASA tu..

Nampaknya PERKASA memang berniat untuk mencetuskan kekacauan pada perhimpinan BERSIH kali ini kerana mereka juga akan berhimpun kononnya untuk menghalang kekacauan dari tercetus.. sedangkan pada perhimpunan BERSIH yang lalu tiada kekacauan pun yang tercetus..

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

PASIR MAS 11 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

''Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.

"Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

''Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai dua lagi Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifkli Noordin.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih.

Sementara itu, Zulkifli berkata, konsensus Ahli Parlimen Bebas akan membawa usul ke Dewan Rakyat di bawah peraturan 18 (1) bagi membahaskan rancangan perhimpunan tersebut Isnin ini.

"Saya tahu, saya kenal pemikiran mereka, cara mereka adalah mencetuskan rusuhan ketegangan dan keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan keselamatan semua kerana kepentingan politik.

"Pada 1998 saya terlibat secara langsung, bagaimana kita membuat perhimpunan dengan perancangan termasuk membakar beberapa tempat di Masjid India dan memecahkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ini tindakan provokasi sebab tidak ada cara lain untuk mengambil alih kerajaan," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya mencegah perhimpunan tersebut dengan menggunakan apa saja peruntukan undang-undang bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails