Saturday, June 25, 2011

Aku SOKONG Najib!!!!

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang Najib berkata “Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat.

“Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka,” katanya.

Aku sokong dan setuju dengan apa yang Najib ucapkan itu.. orang luar atau pengundi mesti kita jaga kerana merekalah yang akan menentukan kuasa berada dipihak siapa.. samada BN ataupun PR..


Bukannya menghargai mereka bila pilihanraya tiba saja.. bila dah berkuasa halau mereka keluar parti bila mereka bantah cakap kita biarpun apa yang dibantah mereka itu wajar, bila mereka menegur.. tengking mereka.. tanya mereka "Siapa anda??".. "Aku Pemimpin!! Siapa anda?? untuk menegur?"..

Penyokong ditengking dan diherdik mereka bagai anjing.. setelah mereka mempunyai kuasa, mereka terlupa ketika kempen Pilihanraya, mereka juga yang telah berkata setiap undi itu berharga..

Sebelum mereka berkuasa, ketika kempen mereka sanggup menjenguk rakyat yang ditimpa bencana tak kira pukul berapa pagi sekalipun.. bila dah berkuasa lepas tengahmalam handphone ditutup mereka..

Sebelum berkuasa.. mereka berjanji untuk berpindah ke kawasan yang hampir dengan rakyat, kononnya untuk memudahkan mereka memantau masaalah rakyat.. bila dah berkuasa janji tinggal janji..

Siapa terasa nasib hang la....

(Aku sokong ayat Najib yang itu saja ya... harap maklum.. bukan sokong UMNO mahupun BN)

Najib: Umno tak boleh menang PRU jika masih guna senjata lama

ELAYANG, 25 Jun — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepimpinan Umno agar melakukan lebih banyak perubahan sambil menegaskan “senjata lama” tidak lagi boleh digunakan dalam era politik masa kini.

Bercakap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Selayang, Najib berkata sekiranya parti Melayu itu masih menggunakan senjata lama belum tentu akan menang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Semua ini menuntut kita buat perubahan, kalau kita buat cara lama, kaedah lama dan senjata lama kita boleh menang perang lama... perang baru belum tentu lagi.

“Jangan kita jadi macam zaman Kesultanan Melaka tahun 1511, Portugis datang dengan 400 orang tapi kita berdepan dengan tombak, keris dan anak panah.

“Memang senjata itu melambangkan pahlawan Melayu... segak, orang Melaka segak dengan keris, tombak tapi Portugis datang dengan senjata lebih moden... dengan senapang dan meriam, setakat segak tak cukup bila kita berdepan dengan orang yang lebih berkemampuan,” kata Perdana Menteri.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang, Najib (gambar) juga menegaskan hanya “johan” yang akan memberi makna bagi mana-mana parti politik.

“Jika kita dikehendaki melihat lebih jauh sudah tentu sebagai sebuah parti politik yang paling penting untuk berjaya dalam pilihan raya kerana dalam pilihan raya tiada istilah naib johan.

“Dalam pertandingan biasa ada hadiah untuk naib johan tapi untuk pilihan raya hanya johan ada erti dan kita perlu sedar bahawa naib johan bererti kita kalah pada pilihan raya,” katanya.

Kata Presiden Umno ini, parti yang kalah dalam pilihan raya merupakan satu tamparan dan bagi memastikan Umno terus kekal beliau mahu “sejarah lama” dijadikan panduan untuk bangkit semula menghadapi Pakatan Rakyat.

“Kita tahu erti parti yang kalah, kita sudah rasa pahit bila kita kalah, maruah kita, imej kita dalam keadaan tak menentu... kalau sudah mengalami perjalanan pahit ini sebagai sebuah parti yang kalah, kita lihat dari segi kejayaan, rekod dalam amalan demokrasi berparlimen tiada parti yang lebih cemerlang daripada kita.

“Namun kita sedar kehebatan silam dan lipatan sejarah, sehebat mana bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa akan datang,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) tewas besar di mana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.

Jelas Najib, landskap politik masa kini memerlukan lebih banyak perubahan terutamanya revolusi maklumat yang membolehkan rakyat mengetahui segalanya melalui Internet.

“Kita tidak boleh kaku sebab kalau kita takut melakukan perubahan orang lain akan mengatasi kita... kita tidak boleh bangga dengan simbol, imej tapi pengisian kurang, sejarah sudah mengajar kita yang patut menjadi guru yang paling besar.

“Bila sudah alami pengalaman ini, kita perlu bangun, buat perubahan... bukan sahaja kepimpinan atasan tapi semua Umno-BN di semua peringkat sebab pengundi akan menilai kita,” katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada kepimpinan Umno agar memberikan tumpuan utama kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

“Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat.

“Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka,” katanya.

Sebelum ini Najib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun depan.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails