Tuesday, June 21, 2011

99% dari 1.3 juta responden sokong BERSIH diteruskan.

KUALA LUMPUR: Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi.

Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini, berdasar petikan dari google cache.


Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.


http://www.keadilandaily.com/?p=15609

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails