Wednesday, May 4, 2011

Video Lucah : Eskay kata satu sahaja.. tapi berapa salinan sebenarnya?

Menurut seorang wartawan dari Malaysiakini video yang telah ditayangkan di Carcosa Seri Negara itu terpapar tarikh iaitu 2011/2/21 dan masanya ialah 22.23 atau seperti screenshot dibawah..


Bagaimanpun menurutnya lagi video yang telah dimuatnaik ke laman You Tube telah diedit dimana tarikh dan masa itu telah digantikan dengan "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" dalam bahasa Thailand.


Dan Eskay dan kawan-kawannya berkata tiada salinan telah dilakukan keatas rakaman video lucah yang kononnya ditemui didalam laci meja solek didalam sebuah bilik, hanya ada satu salinan sahaja dan telah diserahkan kepada pihak Polis..

Tetapi cuba perhatikan screen shot video tersebut yang diambil dari beberapa blog Pro-UMNO..

Screen shot dari Blog House of PK (Bukan P*Ki tapi Parpukari)

Screen shot dari Blog Gerakan Anti PKR

Screen shot dari Blog Panglima Harimau sama dengan dari Anti PKR

Ini tidak termasuk CD yang telah dikirimkan dari Thailand kepada Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar dan juga kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.. yang kedua-dua mereka telah menafikan bahawa lelaki itu bukan Anwar.. baca di SINI dan di SINI.

Adakah benar video itu adalah rakaman aksi Anwar yang ditemui oleh Eskay atau satu video lucah yang pelakonnya seiras Anwar yang telah ditemui atau dibeli di Thailand?

Jika dalam hal ini jelas Eskay telah berbohong dengan mengatakan hanya ada satu salinan.. adakah sumpah laknatnya boleh dipercayai?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails