Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, May 7, 2011

Utusan bakar 1Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'

Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?”


Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.

Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu

Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.”

Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."

Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri.

Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain.

“Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”.

Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.”

Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.

Menurut kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara,” kata mereka.


Malaysiakini

25 comments:

Anak kg pertama said...

PR nak hormat ke gagasan 1Malaysia?? LGE nak tunjuk hero kata tajuk utusan hari ni membakar 1Malaysia!! ha..ha..ha..musuh nak selamat musuh!...nak ambil hati PM!..tambah bajet 2012 utk PP...ha..ha..ha..di selangor logo 1Malaysia pun diharamkan..

Anonymous said...

-I am Binary Rodeo-

DWI FUNGSI MEDIA : PERKHABARAN BERITA DAN SENJATA.

(AKP : sama ada kesetiannya di blog ini adalah krn brtujuan utk BRAINWASH warga2 blog ini supaya mencapai tahap MEMBODOH2KAN DIRI SENDIRI spt dirinya sndiri dalam hasrat agar warga2 blog ini menukar pandagan politik. Dengan kaedah yg diguna pakai oleh beliau itu malangnya warga2 di sini bkn hnya mempunyai pandangan politik, tp juga mempunyai PERSPEKTIF POLITIK, yg jelas tdk ada pdnya yg tdk lebih hnyalah badut sarkis di ASD. Hahahahahh!)

Ini merupakn tektik yg diguna pakai oleh gerombolan dgn usahasama meloya akibat kenyataan yg trbaru dikeluarkn oleh si esgay brkaitan video seks itu.
Tujuannya krn ingin mngalihkn tumpuan rakyat kpd isu ini akibat dari kegagalan misi video seks itu yg telah ditakrifkan sebagai TOTAL FAILURE. Kesan2 negatif dari kegagalan itu tdk mampu ditanggung oleh mereka lantas telah menimbuokan isu ini. Kerana itu jugalah isu yg ditimbulkan adalah isu yg sgt sensitif dan panas agar kes video itu dilupakan sedikit demi sedikit.

Pastinya sekarang dn selepas in,i isu ini akn mnjadi topik utama media2 gerombolan dan kes video itu nnt hnya akn dipaparkn pada ruangan kecil di muka2 belakang akhbar. Jika laporan mngenai video itu disiarkn dlm TV sekalipun, hnya prkara2 yg kurg pentingnya akn diketengahkan dn akn diulang2 dlm rempoh trtentu sebelum ia akn senyap begitu sahaja.

Tektik2 mcm ni diguna pakai oleh kebanyakkan negara2 barat.
( sila lawati laman ini yg telah membongkar rahsia keberkesanan media sebagai senjata rahsia di antara yg terbahaya.
http://www.septemberclues.info )

Anak kg pertama said...

Binary Rodeo

Tujuan aku bukan utk BRAINWASH warga2 yg melayan blog ni..sebahagian mereka sudah boleh memikir akan sesuatu isu..hanya kecerdikan mereka diperbodohan oleh pemimpin2 parti2 mereka...dan malang lagi mereka hanya mendengar sebelah pihak shj..mereka ini tergolong berpenyakit yg tiada ubatnya diklinik2..penyakit ini dipanggil minda yg sakit (kata tidak kepada perkara kebaikan walau baik utk mereka disebab datang dr pemerintah)...hanyalah ubat minda jua yg mengubatinya.

SlayTheZionistDevils said...

Aku setuju dengan Anon 6.47, media massa pro Dacing Penipu" sentiasa membuat serangan ke atas minda rakyat Malaysia dengan propaganda-propaganda yang luarbiasa jahatnya. Aku pun pelik sebab sebelum PRU12 dulu, tak da la macam ni gayanya tapi bila dekat dengan PRU13 makin menjadi-jadi pulak. Agaknya ini strategi yang disyorkan oleh APCO selaku penasihat Zionis yang ultra-sial! Sekiranya benar, maka Dacing Penipu berpotensi besar menjadi pencacai Zionis di Malaysia. Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh Zionis!!

ALahaI sI LunCAi said...

SEPATUTNYA UTUSAN TIRU KITAB PAS HARAKAH, DATANG DEMO 40 ORANG TULIS 1000. INI BARU JUJUR.

Anonymous said...

Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

Satu soalan saja... Siapakah nama Setiausaha UMNO Cawangan Kg Pertama?

* Nota - copy n paste dari komen ASD dalam http://www.blogger.com/comment.g?blogID=8838254200333784750&postID=5301639257167341979&isPopup=true

FMZam said...

Hanya kerana berlaku perhimpunan Kristian Utusan yang memang sudah menunggu saat keemasan itu untuk menggunakan dakyah kotor dengan mensensasikan berita yang memang sudah dirancangnya terlebih dahulu dengan tajuk Kristian mahu mengambilalih agama rasmi Malaysia. Utusan pandai menangguk di air keruh dan berharap sangat berita sebegitu akan mengaut minda Melayu masuk kedalam pukat UMNO.

Hishamuddin kata akan bertindak kerana soal ini akan menjejaskan keselamatan negara, makna kalau betul maka akan ada orang2 kristian yang akan masuk kem tahanan ISA. Tapi kalau tak ada yang ditahan, maka Utusan yang mensensasikan cerita itu adakah akan diambil tindakan? Aku berani bertaruh tak akan ada orang2 Kristian yang akan ditahan oleh Hishamuddin kerana tak akan ada apa2 bukti pun selain dari hanya spekulasi yang disensasikan oleh Utusan yang sanggup berbuat apa saja untuk memancing Melayu dengan cara yang sangat terdesak dan bangsat demi UMNO.

UMNO selama ini kata PAS menggunakan Islam untuk politik, tapi sekarang ini apa yang lebih nyata ialah UMNO dapati lebih mudah mengeksploit Islam yang diperjuangkan PAS untuk kepentingan politik UMNO. UMNO sanggup mengeksploit Islam dari memperjuangkannya. UMNO adalah opportunist Islam!

FMZam said...

Kalau dulu kita dengar istilah Islam-o-phobia, sekarang Utusan boleh berbangga kerana berjaya mencetus idea Christian-o-phobia untuk menakutkan Melayu. Tahniah kepada UMNO kerana cukup bijak menggunakan taktik menggertak dan menakutkan rakyat untuk terus memerintah. Lepas ni bila ada pula perhimpunan Hindu, harap Utusan akan keluarkan pula tajuk berita Hindu agama rasmi Malaysia!

Anak kg pertama said...

Anon 10.19am

Kau seharusnya tanya ASD, bukan aku, aku tahu siapa SU kg pertama,.. soalan kau tu adalah nma/org saingan politik ASD, kalau dia tak boleh jawab, jawapan ASD bukan la dia selalu balik kg dia kg Pertama...ha..ha..hanya balik kerana nk jumpa ketua PKR kg Pertama Irhak Endud atau SU Fazil Man Labau bukan utk buat kebajikan org2 kg dia..

FMZam,

Kau mahu Melayu/Islam jadi Melayu Singapura ke?? di sana ada persatuan Melayu Kristian..syabas atas usaha kau..yg tak jemu2..

Anonymous said...

he...he..he anak kg pertama kantoi.....lagi!!! kalau tak tau nama SU tu mengaku aje lah. apa lagi na spin. Aku dah kata dulu engkau ni umno-apco pun tak heran...cuma perasan membela umno konon..sekarang ni dah terbukti. Kalau pun kau ni obsess sgt dengan bahan2 lucah dan porno yg di edarkan secara percuma di blogsite2pro-umno tu..janganlah kau gadai maruah kau dan terlalu obvious mennunjukan kebodohan engkau dengan soalan2 bodoh seperti ..."Kau mahu Melayu/Islam jadi Melayu Singapura ke?? "kalau ada melayu nak masuk kristian pun aku rasa orang yg pertama mungkin engkau kerana engkau terus menjadi agen kepada agenda fasiq dan munafiq umno dan memusuhi hidayah.

FMZam said...

Rasanya kita dah lama dengar ada lebih 200,000 Melayu yang murtad ke Kristian dan 100,000 Melayu murtad ke Hindu. Rupanya dalam diam2 ada serumpun Melayu dan bukan sebarang Melayu tapi Melayu UMNO yang murtad ke Yahudi melalui UMNO-APCO. AKP, kalau Melayu UMNO boleh tubuhkan Kelab Melayu Yahudi di Malaysia ni kenapa Melayu Singapura tak boleh tubuhkan kelab Melayu Kristian?

Anak kg pertama said...

Anon 3.32pm

Aku spin atau kau yg spin..tanya ASD le kawan..aku spin ke?ha..ha..ha..kau kalau selaga dok golongan jenis spin

Anak kg pertama said...

FMZam,

Malang kau termakan hasutan..seumur kau hidup..berapa sudah kau jumpa Melayu/islam murtad di malaysia?? yang aku dengaq baru2 ni..dikelantan melayu/Islam keluar Islam..kenapa jadi negeri tok guru..tapi nasib dia taubat dah

Anonymous said...

-I am Binary Rodeo-

ko(AKP) dgn nyata dn secara jelas dn terang2an mmg spin around with the topic..soalan nya siapakah SU umno kg.pertama..sepatutnya ko terus boleh jawab balik..x payah ko nk ckp itu dn ini lg..ko boleh guna GOOGLE la wei klu dh susah n xtau sgt nk jwb, xkan itu pun x reti??

apala ko ni AKP..dh 2-3X aku nmpk statement ko kantoi n dok spin sana sini..lain org tnya,lain pula yg ko jwb..jalan dn cara ko jwb pun mushkil..ko ni umur brape ni??aku budget ko bwh 25tahun la..

Balik2 dok kata org kena hasutan, ..apa?ko tu yakin ko sndri bkn org yg kena hasutan jgk?? BN dh perintah trlalu lama sgt, baik buruk dia kbnykkan org dh tahu dn dh masak pun..cuma pemerintahan BN zmn sblm itu maha ada bagus skit dari segi corak pemerintahan dan kepimpinan..tdk sezalim skrg yg brmula semnjak 1981..

sendiri mau ingt la,apa yg dihamburkn oleh meloya ni akn mnjd 1 isu yg cukup sensasi dn objektif2nya telah diketahui umum.X pyh la nk bnding dgn melayu s'pore yg berpopulasi lebih kurg 4juta ++ tu.. melayu di sana brape kerat sgt yg ada? dn mereka semua tu mnganut Islam yg mngikut fahaman apa? setahu aku bnyk yg brfahaman wahabbi/kaum muda/muhammadiyah yg tdk selari dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah/Sunni .. wlu mngkin hal fahaman ini di luar topik, tp bg yg tahu betapa besarnya prbezaan fahaman2 ini, tiada yg peliknya knape melayu s'pore mcm tu sikapnya..

AKP, ko bg contoh psl melayu south afrika pulak dn mcm mana dorg di sana diperintah pulak..ok?

Anak Sungai Derhaka said...

Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

Soalan aku.. Siapa nama SU UMNO Cawangan Kampung Pertama.. sila jawab..

Dan kalau jawapan hang Fazil tu SU PKR Kampung Pertama.. kah..kah..kah.. orang putih kata.. What a shame!!

Aku bailk jumpa Mak aku tiap-tiap minggu la sedara....

Jawab soalan aku tu.. Siapa SU UMNO Kg Pertama.. dah hang beriya-yia sangat nak menunjukkan yang hang tu menyokong UMNO..

Anonymous said...

Jadah apa, DAP bising sangat tentang Al-Kitab dalam Bahasa Melayu yang perlu menjalani penapisan dan penghadan? Jadah apa, DAP sibuk dengan IFC yang ingin melihat semua agama dilayan serata dan serupa dengan agama Islam? Jadah apa, DAP menyokong forum murtad atas nama kebebasan agama?

Dan jadah apa, PAS memekak tentang SIS sedangkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk merendahkan umat Islam, agama Islam dan status umat serta agama Islam di negara ini, dikemam di dalam mulut sebelum ditelan ke dalam perut?

Tak rendah lagikah kalau DAP mempertikaikan peruntukan masjid dan mempersoalkan mengapa rumah ibadat selain masjid tidak dibantu walhal Najib mencanangkan 1Malaysia? Padahal perkara tersebut termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Tak mengancam lagikah kalau kalimah ALLAH hendak dikongsi-kongsi seperti yang diamalkan di Indonesia agar masyarakat Islam Malaysia dilihat lebih terbuka, khususnya di Semenanjung?

Anonymous said...

jeff ooi telah menggelar salah seorang exco pas sebagai ekstrimis dan pengganas islam...apa tindakan pas....tunduk pada tuan diala sambil minta maaf..what a shame

cekli@abg chor said...

YANG BERGELAR ANAK KG.PERMATA.

UNTUK PENGETAHUAN HANG AKU NI BUKANNYA PANDAI SANGAT POLITIK TETAPI HASIL PERGAULAN AKU DENGAN PUAK-PUAK UMNO, AKU DAPAT MENILAI SEJAUH MANA KEBIJAKSANAAN HANG. AKU DAPAT MENILAI HANG NI AHLI UMNO (MUNGKIN) TETAPI DARI SUDUT BERBICARA....RUKUN NEGARA YANG KELIMA HANG TAK PAKAI, "KESOPANAN DAN KESUSILAAN", SO HANG NI CUMA LAYAK DIGELAR "BURUNG TIONG". MUNGKIN HANG FAHAM BURUNG TIONG KUT? KALAU TAK FAHAM HANG RUJUK ASD, FMzam ATAU Alahai Si Luncai.

Anonymous said...

anak kg pertama..tunjuk bodoh lagi. Apa kau nak hairankan KALAU ada orang islam dari kelantan tukar ugama, dizaman nabi pun ada kaum fasiq dan munafiq. Bukan kah di kelantan tu masih banyak pendokong2 umno yg menentang tok guru dan islam, jadi apa nak di hairankan kalau puak2 ni tukar ugama. Itulah yg aku kata dulu pada engkau, kalau asyik dok tolak hidayah.. aku bimbang satu hari nanti engkau merupakan antara melayu yg masuk kristian.

Anonymous said...

-I am Binary Rodeo-

Buat sedara2 yg dok memprtikaikan tindakan PAS,PKR dn DAP tu, sepatutnya sebelum nk 'tembak' dgn hujah dn soalan2 yg di atas ni yg kelihatannya lebih jelas bkn diajukan krn brtujuan utk mndapatkn jawapan dn kebenaran, tp lebih utk memperlihatkn kelemahan2 yg ada pd PR..yg benarnya lebih krn kegagalan sedara2 dn parti2 sedara2 utk memahami..apa2 pun, sila jawab :

1. Apa kes semua di atas ini dijadikn prtikaian oleh sedara2 sedangkan pd kes pnghujung 1985, seramai 13 org dari PAS ditembak mati(Syahid) pd peristiwa hitam MEMALI krn memprtahankn dn memperjuangkn ISLAM ? Kes ini tdk pernah2 selesai hingga kini. Majlis Fatwa Kebangsaan ishtihar mereka yakni As-Syahid Ust.Ibrahim dn 12 As-Syuhada rakan2nya tdk syahid tp sehingga kini sudah hmpir 26 tahun peristiwa itu, pusara2 mereka masih belum digali utk disempurnakn jenazah2 mereka mngikut kematian biasa. Apa sebab tu ye? Mushkil2...

2. Pada tahun 99 PRU-10, poster2 parti PPP terpampang di merata dgn slogan - ' SAY NO TO ISLAMIC COUNTRY ' . Mcm ni ke sebuah kerajaan yg konon2nya memprjuangkn ISLAM tp boleh biar hal2 mcm ni brlaku..ni baru 2 isu dr berlambak2 lg..

Udah2 lah nk suruh rakyat bersetuju untuk boleh dibodoh2kan..sedara2 yg rela dibodoh2kan tu tak payah lah pengaruh org2 lain pulak..kami dh puas jd BODOH. Dah tiba masanya kami nk jd PANDAI pulak..meh la turut serta melainkn terus jgk2 setia jd BODOH kpd YG MEMPERBODOH2KAN. ( BN = BODOHKAN NEGARA )

Anak kg pertama said...

ASD,

Kau nak tahu sapa ketua umno kg pertama..Ketua saudara halim bakar dan SU Cik Zaharah Din...Ok puas hati...benar ke ASD balik setiap minggu..mak saudara sebelah rmh mak ASD tu..kan ada..kah..kah..kah..dia rabun ke..he he he..

cekli@chor..& Ano2 yg tension kt aku

10000x10 kali pun kauorg tuduh aku apa2 pun...tiada kesannya pada aku dan org sehaluan aku, sebab lidah kau&sekutu kau dah hitam,(boleh buat jln tar laluan Carrefour) penuh dgn maki/mencarut..kerja maki/mencarut adalah makanan/pakaian kau&sekutu kau..aku dengar juga tapi masuk telinga kanan keluar ikut angin kentut...lega ooooii..bila keluar...busuk mcm mulut kauorag la...sebenar pemikiran engkau/org tu tahap satu aje..similar budak2 pre-tadika 5tahun. Penuduhan kauorg tu umpama 1jari tunjuk kt aku & org sehaluan aku..tapi 4jari tunjuk sekutu kauorg..ha..ha..aku pulak menuduh kau&sekutu kau ngan jari kaki aku...sebab badan kauorg macam manusia..tapi tak macam manusia berfikir...mungkin ada eeekor..dengar dak baru2 ni ada penyelidik kata ada spesis pembawa HIV dan penyakit berbahaya dan spesis ni tinggal dibandar pulak...bahaya ooii..sebab aku kata mcm nie ada sekutu kau tak perlu pertolongan manusia...buat ape jadi manusia? buat habis beras aje tu...dah termasuk spesis tu mmg taktau bersyukur...jgn mareh..nanti kena jual..maaf ye

Moral:Seperti ibu ketam (kauorg)

Anonymous said...

marah nampak anak kg pertama! cool lah bro, apa yg kau tulis merepek panjag,tapi tak ada isi dok asyik ulang ayat yg sama aje.

Anonymous said...

-I am Binary Rodeo-

KAABOOMM! kuang3! AKP has drop down a bomb! Tersembur keluar ke atau tersasul kata2 yg 'Tasasur' ??

Pepatah ada berkata,
" Kuman di seberang laut jelas di pandangan, tapi..
Gajah yg bermain di depan mata hilang dalam khayakan.."

(jgn mrh ye, aku adjust skit kata2 asal)

Kan aku dh kata, ko boleh GOOGLE nama SU umngok tu..hehe!

MORAL : Paku Dulang Paku Serpih ..
(ko sambung la sndiri, ko kan bijak terpajak..hehehe!)
Btw, nice move la AKP, drop some more of ur symphatetic but seriously phatetic bomb! Showing ur true color..hehe

Anak Sungai Derhaka said...

Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

Sekarang hang dah tahu siapa SU UMNO Kg Pertama tu.. ha..ha..ha.. tapi aku tak perlu tunggu dia balik dari Part Time untuk balik jumpa Mak aku kan...

Bila hang dah tahu apa kaitan aku dengan SU UMNO tu.. hang juga harus tahu dari mana aku dapat cerita pasal UMNO Kg Pertama tu.. tapi bukan dari dia saja.. he..he..he..

Anonymous said...

-I am Binary Rodeo-

pembetulan : khayalan (bkn khayakan)

oh, btw la AKP..orang2 spt ko, ummi 'hufulda' dan papa 'gomok' tu la kan maksud ko yg lebih baik dari kami ni kan baik dari segi prkataan dn perbuatan? WoW! Menakjubkan betul!

aku tahu, korg ni juga lah org2 yg trbaik dr semua umat di Malaysia dn korg jugalah org2 yg nmpak segala kebenaran dgn jelas dan bagus serba serbinya..aku x pelik jika org2 mcm korg ni akan mengatakan bahawasanya cerita2 Star Wars itu benar belaka dn ia merupakan kisah benar. Dan ko citer la apa pun yg semuanya ko akn claim ia semuanya benar. Nak tnya skit la klu mcm tu..
-Dulu dgr2 RTC rogol bdk bwh umur,benar ke?
-pastu dgr2 pulak ada org dlm kabinet dr BN ada skandal seks di N9,ye ke benar?
-lg trdengar plak ada pakcik asal dari N9 pi mengayat secara paksa bibik di umah nya hnga boleh didakwa bwh seksyen 376. Dgr2 lg pak menteri, tak benar ke?
-dn yg trhangat ada model yg brasal dr negara sempadan russia kena pakai oleh seorg MP dari negeri yg ada kasino dan disebabkn takut kantoi, model itu senasib dgn org2 yg berada di hiroshima dan nagasaki pd september 1945, cuma di x la lesap terus..benar2 kejadian benar ke?
(bnyk lg aku nk tnya, tp ternyata benar ini satu off topic,..benar2 mintak maaf kpd ASD)

Archive

Related Posts with Thumbnails