Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, May 17, 2011

Sukacita dimaklumkan.. Harga Barangan dijamin naik!


Pekeliling mengenai pemansuhan diesel ini telah diedarkan pada 12 Mei lalu dan hari ini secara rasminya Kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan berkuatkuasa pada 1 June ini..

Korang baca betul-betul apa yang tertulis tu.. Dengan hormatnya SUKACITA dirujuk kepada perkara diatas.. PEMANSUHAN KATEGORI KENDERAAN DARIPADA MENERIMA DIESEL SUPER SUBSIDY"..


Itu sebahagian dari surat pekeliling dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna kepada para pengusaha pengangkutan..

Sukanya mereka bila boleh menyusahkan rakyat..

Oleh itu kerajaan UMNO/BN juga sepatutnya mengeluarkan kenyataan SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN DENGAN PEMANSUHAN ITU, SEMUA BARANGAN KEPERLUAN AKAN MENINGKAT HARGANYA.."

Sesuai dengan slogan "Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan".. keperitan hidup pasti akan dirasai oleh Rakyat..siapa yang nak kata tidak akan ada kesan kepada rakyat.. tunggulah hingga bulan june ini..


Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter.

Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.

Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.

“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.

“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini.

Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.

Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.

Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter

The Malaysian Insider

8 comments:

Abbs said...

kah kah kah kah kah kah kah

PADA PEMILIK BLOG JGN HAIRAN,
USAH BICARA SOAL PERJUANGAN,
KALU FITNAH BAGAIKAN MAKANAN,
DI SULAMI DGN PELBAGAI KEMUNGKARAN
UMNO DULU KINI SELAMANYA DALAM KEMAKSIATAN,

INGAT UMNO INGAT LAH FITNAH,
INGAT UMNO INGAT LAH RASUAH,
INGAT UMNO INGAT LAH ROGOL AMAH,
INGAT UMNO INGAT LAH ZINA DLM RUMAH

KAWAN2 GUA JGN TAK TAHU,
PERKARA INI SUDEY LAMA BERLAKU
UMNO ARAK,FITNAH,JUDI SAMA BERLAGU
BAGAIKAN SI LUNCAI DGN SI LABU

UMNO KONONNYA PEJUANG BANI MELAYU,
SABAN HARI ASYIK BOHONG MENIPU,
MUNAFIK DAN FASIK MEMANG SELALU,
BAGAIKAN SUDU DGN GARPU,

BERSATU KITA BERSATU
DGN TEKAD UTK MENIPU
TIPU TERUS MENIPU
KITA TIPU MELAYU

BERSAMA KITA BERSAMA
MENJUNJUNG HASRAT SEMUA
BERJASA PADA KRONI
ANAK & JUGA BINI

LAMBANG KITA YG REBAH
DI PANDANG JIJIK DAN PARAH
BERSATU KITA SETIA
KHIANAT COGAN KATANYA

UMNO TERUS LARA
ROMPAK HARTA MALAYSIA

PENUTUP BICARA MENGUNDUR DIRI
JGN TERASA JIKA IANYA MEMBARA
MAAF DAN IKHLAS PERJUANGAN SEJATI
ADANYA UMNO MALAYSIA MERANA

kah kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Agree with Abbs..

1MALAS-SIA OUR GOVENMENT..

FMZam said...

Dengan kenaikan diesel kepada 9 benda2 tu, sudah lebih dari cukup untuk mengakibatkan kesan kolateral kepada kenaikan semua jenis barangan yang dikatagori sbg kargo am dan apa saja barang yang dimuat dalam kontena yang dipunggah menggunakan penggerak utama (contoh: kepala lori). Diesel untuk bot nelayan tak naik, tapi ikan yang dipunggah oleh lori pengangkut pasti akan naik.

Jangan salahkan kerajaan bila harga ikan naik, salahkan rakyat yang tak mau beli ikan di pantai tapi nak beli ikan di pasar.

KuroShogun said...

Akan tiba masanya rakyat Malaysia akan humbankan Dacing Penipu ke jurang neraka! Apabila keranda dibawa, maka bercucuran air mata Keris Celaka!

Anonymous said...

Inilah bala Allah SWT untuk semua rakyat Malaysia..tak bersyukur bila merasa nikmatNYA...baru tahu apa erti rahmat Allah...ada setengah org kata dulu selebih baik daro sekarang barang murah..tapi terlupa siapakah yg memerintah juga waktu itu..bukankah UMNO juga..kenapa murah..benarlah kata Tun M melayu mudah lupa..memang patuh kena bala..bagi mereka yg mulut celaka..

FMZam said...

Anon,

Itu bukan doa seorang Islam yang berdoa dengan sumpah seranah pada orang lain. Itu doa orang2 yang beragamakan UMNO, tau tak bangsat anak haram kau.

penternak_lipan said...

sian kat anon 2.11pm..
melayu mudah lupa tu elok buh kat hang aja.kami tak mudah lupa apa yg kerajaan kenakan pd rakyat dan tak mudah lupa bila tgk puak2 umnoporno ni saja yg mengketedarah duit rakyat." bila bala turun semua berpunca dari pihak pembangkang".itu adalah statment puak umnoporno termasuk hang yg bodoh.

Anonymous said...

memang bodoh la....Dr M tu melayu ka??....itu pasal sedap2x cakap dkt kita melayu mudah lupa...berpuluh tahun dia sapu bersih....skrng ni la akibat yg kita tanggung sebenarnya....lagi mau sokong ka?..dlu bleh la org x berpedidikan tinggi..x ada internet...media dorg control...mudah la kena tipu...terperdaya....tapi klu skrng ni pun dah terbentang depan mata..byk yg x kena..x kan nak telan jugak....apa ra..

Archive

Related Posts with Thumbnails