By Aspan Alias
Dalam posting saya yang lepas saya telah berjanji untuk membuat ulasan yang ringkas apa kah unsur-yang sudah tiada lagi yang menyebabkan rakyat sudah tidak memberikan sokongan penuh kapada parti yang memerintah. Apa pula unsur-unsur baru yang menyebabkan keadaan yang membuatkan perpaduan rakyat berbilang kaum ini luntur dengan cepatnya.Apakah elemen-elemen baik yang sudah hilang itu? Pandangan politik selalunya boleh sahaja disangkal dan dinafikan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan kita. Tetapi perbezaan ini biasa kerana politik ini dimainkan oleh manusia yang mempunyai pemikiran yang amat susah untuk disatukan. Apa yang boleh disatukan ialah pemahaman dan ‘understanding’ bagi mencari ‘point of reconciliation’ di antara dua pemikiran yang berbeza.
Memang susah untuk mencarinya tetapi mengikut pengalaman yang sudah-sudah manusia atau individu pemimpin yang mampu mencari ‘the point of reconciliation’ itu ialah seorang yang secara relatifnya diterima dan dihormati oleh masyarakat umum, bukannya oleh mereka yang sedang memihak kepada mana-mana pihak yang berbalah.
Dulu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail merupakan dua manusia pemimpin yang dihormati oleh semua pihak. Walaupun UMNO menghadapi keputusan yang tidak baik di dalam pilihanraya 1969 tetapi kedua pemimpin UMNO ini memang dihormati oleh kawan dan lawan. Semua pihak dapat merasakan kejujuran Tun Razak maka mudahlah bagi PM kedua negara kita itu membawa kemeja perundingan untuk mencari penyelesaian kepada kerumitan yang sangat besar yang dihadapi oleh negara semasa itu.
Rakyat berbilang kaum termasuk kaum-kaum yang berbalah semasa itu melihat dan berkeyakinan Tun Razak adalah pemimpin yang ikhlas untuk mencari perdamaian. Itulah sebabnya GERAKKAN, parti pembangkang yang ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas dengan rakan-rakannya telah sanggup kemeja perundingan dengan pemimpin UMNO semasa itu walaupun UMNO telah menurun pengaruhnya di dalam pilihanraya 1969 itu.
Keyakinan yang sebeginilah yang sudah tidak ada lagi di dalam kepimpinan negara. Baik pemimpin serta ahli-ahli parti-parti yang ada melihat kepimpinan pada hari ini tidak sampai dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang saya sebutkan tadi.
Tidak mungkin mana-mana pemimpin lain yang serius untuk mendewasakan negara ini akan mempunyai keyakinan terhadap individu pemimpin yang mengutamakan glamour peribadi serta anak isteri serta kroni-kroni mereka. Jarang-jarang kita mendengar Tun Razak selaku PM negara ini beretorik dengan nada yang tinggi ibarat ketua demonstrasi dengan ucapan yang menggegarkan.
Mungkin pemimpin dahulu kekurangan ‘form’nya tetapi mereka kaya dengan ‘substance’ di dalam mereka. Pemimpin dahulu menghormati rakyat dengan membawa rakyat bersama di dalam melaksanakan segala program kerajaan terutamanya program yang melibatkan kepentingan mereka. Pemimpin–pemimpin mengambil setiap masa berinteraksi dengan rakyat melalui segala usaha kerajaan termasuk program ekonomi yang melibatkan rakyat yang ramai di peringkat akar umbi.
Segala projek besar kerajaan akan dibawa sekali rakyat untuk bersama memikirkan cara yang terbaik dalam perlaksanaannya. Pegawai-pegawai penerangan di daerah merupakan pegawai kerajaan yang sangat penting dan diberikan tugas melaksanakan kursus sivik kepada semua kampong dan urusan itu dilakukan dengan ketua-ketua kampong dan JKKK. Ceramah sivik di adakan di setiap kampong dan dalam kursus sivik itulah rakyat membangkitkan apa-apa yang tidak kena dengan perlaksanaan projek-projek tersebut.
Berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat itu banyak keuntungan bagi kerajaan. Pertamanya dari dialog-dailog itu kita akan dapat merasakan keinginan rakyat dan kita boleh mengetahui apa-apa kekurangan dengan program yang ingin kita laksanakan itu. Maka kita boleh melakukan ‘adjustments’ di sana-sini hasil dari lapuran dialog dengan orang ramai itu.
Kebaikan berjumpa terus dengan setiap rakyat di kampong-kampong ini akan membina perasaan interaksi rakyat dengan kerajaan. Di samping itu rakyat akan merasakan yang mereka adalah sebahagian dari ‘decision making’ oleh kerajaan itu dan mereka akan bersama-sama bertanggung jawab di atas apa-apa keputusan itu. Itulah yang berlaku di zaman pra-Mahathir dahulu. Rakyat merasakan yang mereka dibawa bersama di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan.
Tetapi selepas zaman Husein Onn keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tidak di beritahu kepada UMNO dan JKKK dan rakyat ramai. Keputusan yang di ambil oleh kerajaan hanya dilaksanakan tanpa membuat apa-apa ‘reference’ kepada rakyat melalui UMNO dan JKKK. Dari sejak itu rakyat tidak lagi faham ‘wisdom’ sesuatu keputusan kerajaan itu. Orang ramai hanya diarah dan dipaksa menerima segala-gala keputusan tanpa soal jawab. Lama kelamaan rakyat tersisih dari kerajaan tanpa disedari.
Ketua-ketua kampong pun mempunyai masalah untuk memanjangkan idea kerajaan itu kerana ketua-ketua kampong pun tidak faham apa-apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Malahan ketua-ketua kampong sekarang sibuk dengan menguruskan projek pembangunan kecil melalui lessen-lesen kelas F mereka.
Sekarang ini di daerah-daerah pegawai di pejabat daerah sendiri pun ada dua tiga lessen kelas F untuk mendapatkan kerja-kerja dari projek pembangunan kecil di kampong-kampong dan tidak ada pihak yang melakukan ‘monitoring’ terhadap kegiatan yang salah ini. Tetapi sekarang itu sudah tidak menjadi kesalahan lagi kerana korupsi dan salah guna kuasa merupakan perkara yang sudah dibudayakan. Salah-salah sebut kita pula yang akan menjadi mangsa kutukan mereka.
Keadaan ini berlaku dihampir semua daerah. Mereka merupakan pemimpin penting di daerah tetapi mereka menyalah gunakan kuasa yang ada kepada mereka dan rakyat sendiri sudah ‘detached’ dengan puak-puak ini. Saya berpendapat penyakit ini tidak mungkin dapat diatasi oleh pimpinan pada hari ini kerana pimpinan sendiri menpunyai program peribadi untuk memperkayakan diri dengan mengambil sendiri projek-projek ini melalui kroni-kroni mereka.
Pemimpin sekarang ini berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan projek, tanah dan yang lain-lain untuk membina kekayaan mereka. Nilai kepimpinan yang ada sudah rosak binasa. Ramai pemimpin yang tinggi-tinggi di dalam UMNO atau BN sendiri mengakui hakikat ini tetapi mereka seperti juga pemimpin lain tidak berani bersuara untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini. Mereka takut jawatan mereka akan hilang. Masing-masing menjaga kepentingan msing-masing tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada generasi mereka yang akan datang.
Mereka hanya berani bercakap di belakang tetapi tidak berani menegur kepimpinan yang lebih tinggi dari mereka. Di hadapan pimpinan besar mereka tertunduk-tunduk untuk mengekalkan apa yang ada kepada mereka. Kepada mereka ini kita ucapkan ‘Selamat Cari Makan’ sahajalah.
Rakyat sebenarnya adalah di dalam ‘desperation’ untuk melihat perubahan tetapi mereka tidak nampak juga perubahan walaupun pemimpin tertinggi mengumumkan satu demi satu projek pembangunan yang nilainya berbillion ringgit. Rakyat di bawah tetap dengan keadaan lama malahan dengan naiknya harga barangan sekarang ini mereka merasakan himpitan dan tekanan dari kenaikan kadar inflasi yang tinggi itu.
Mereka memilih untuk memberikan undi dan sokongan kepada pembangkang yang dikatakan oleh pemimpin–pemimpin UMNO sebagai pihak yang tidak berkemampuan untuk menjadi kerajaan. Tetapi apabila rakyat di lima buah negeri memberikan mandat kepada PR maka nyata mereka mampu memimpin dengan lebih baik dari pihak kita.
Apabila PR mampu mentadbir UMNO pula yang berasa tidak tentu arah kerana rakyat nampaknya memberikan dukungan kuat kerana apa yang mereka mahu lihat, iaitu perubahan budaya dan sikap itu boleh diberikan oleh PR kepada mereka.
Ramai rakan-rakan dari Selangor mangakui yang pentadbiran Selangor sekarang adalah lebih telus dan mampu menyelesaikan perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kerajaan BN dahulu.Sebelum ini BN mengambil semuanya ‘for granted’ dan tidak menyedari rakyat ramai memerhatikan tingkah laku yang kurang baik sejak berdekad-dekad dahulu.
Sekarang ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ‘terhayak ke sana, terhayak ke sini’ untuk memalingkan sokongan rakyat kepada mereka. Mereka berdemonstrasi di sana sini dan bercakap seperti orang yang sudah ‘tidak betul’ lagi. 'Attribute' mereka seperti pembangkang, maka mereka akan terus jadi pembangkang di Selangor. Bagi saya di Selangor keputusan pilihanraya nanti adalah ‘predictable’. UMNO sudah tidak UMNO lagi.
Anda tahu maksud saya.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/umno-sudah-tidak-umno-lagi.html

16 comments:
Bila Pekembar menjadi Umno. Dasar Pekembar hilang entah ke mana tetapi dasar Umno pula wujud.
Pekembar : Umno (lama)
Umno : Umno (baru)
Yang nampak masih Pekembar adalah Tengku Razaleigh Hamzah.
3 Bahagian Sabar
Berdakwah tapi jadi ahli Neraka?
.
Nama pun dah lain...UMNgOk BARU...
Orang UMNO dulu berjuang dengan ikhlas dan tak kebulur habuan...
Orang UMNgOk BARU sekarang...berebut2, pijak memijak, cantas mencantas kerana nak jadi pemimpin, nak habuan, pangkat,gelaran, harta, kontrak...macam2 lagi lah...
Cakap bedegar2, tapi tersumbat digelegar...
Meluat sungguh aku...
He he
Mereka (pemimpin2 umno skrg) mewarisi jawatan disebabkan oleh rakyat di sajikan dgn nostalgia lama terhadap ayah & datuk mereka, jasa2 di ungkit2, di warwarkan oleh org2 yg berkepentingan, utk menaikkan mereka, walhal mereka sebenarnya TIDAK LAYAK BERADA DI JAWATAN TINGGI NEGARA KERANA MEREKA TIDAKLAH SEBIJAK, SERAJIN & SEIKHLAS BAPA, & DATUK MEREKA.
Bapa2 & datuk2 mereka dahulu tidak mewariskan bakat itu...bakat yg datang berdasarkan pengalaman pahit manis, suka duka mengharung cabaran di zaman susah, sedangkan mereka tanpa merasai susah payah itu semua, mereka hidup senang... di keleilingi kemewahan yg sudah tersedia... jadi, adakah mereka benar2 menghayati kesusahan hidup rakyat? NAMPAK SGT, MEREKA HANYA CUBA MENCARI GLAMOR & BERUSAHA MENGEKALKAN APA YG MEREKA ADA SKRG DGN APA CARA SEKALIPON...
Kenapa guna UMNO? Kata memperjuangkan segala2nya Melayu jadi kenapa tak guna PKMB? Tak sedap ke nak sebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Atau pendeknya PekembEr bukan PekembAr sebab bAr di hujung tak boleh dimaknakan bersatu dan kalau nak pakai PekembAr jugak nanti bAr di hujung lebih tepat jadi BARU atau BARUA kan? Mampos pi lah sapa pedulik kalau UMNO sekarang sudah tak UMNO lagi asalkan UMNO boleh terus mendapat sokongan Melayu untuk terus berkuasa memerintah negara ini. Pada UMNO maruah tak penting sebab maruah tak akan dapat memillionairekan Melayu, tapi Melayu yang jadi millionaire dengan cara yang tak bermaruah akan dilimpahi dengan maruah. Apa yang UMNO telah buktikan selama ini ialah kayakan diri dahulu dan maruah akan datang bergolek di kaki.
Ya, saya setuju. Dahulu selepas PRU 1969, semasa Mageran atau selepasnya, ada Tun Abdul Razak dan Tun Dr. ismail dgn Toh Puan (kini Tun) Rahah dgn Toh Puan (kini Tun) Norashikin masing. Personaliti kedua pasangan ini tidak banyak cacat cela mereka. Bandingkan dengan yg sekarang. Dato Seri Najib dan Tan Sri Mahyuddin dgn pasangan masing2. Yg nak dibandingkan bukannya kerja buat mereka, tetapi cacat cela mereka. Kerja buat ni boleh arahkan pegawai untuk fikirkan dan rancangkan. Tapi cacat cela ni lebih kepada sifat peribadi seseorang yg sepatutnya tiada sesuai untuk dijadikan perhiasan kepada suami masing2 di persada politik negara dan dunia.
Dahulu dan sekarang, berbeza sungguh. Dunia memang sudah berubah, tapi keadaan manusia tetap seperti dahulu. Sudu tidak boleh berubah jadi senduk. Akan berlaku limpahan nanti, tumpahan dan malah 'tsunami', jika sudah diluar kawalan! Sebab2 orang tolak seseorang itu ialah kerana cacat cela yg tidak melayakkan atau tidak melayakkan lagi. Dahulu tiada, kini ada. Sekali dah ditolak, tetap tidak akan diterima lagi, walaupun sudah diperbaiki. Ada ramai yg patut jadi pengganti. Yg perlu dibezakan kini ialah fitnah atau difitnahkan, kerana kini kedua-duanya kelihatan semacam saja. Itu kerja penyokong dan pendokong masing2lah untuk jelaskan. Itulah politik! Tapi negara dan rakyat perlu bergerak ke hadapan dgn maruah, dgn penghasilan yg boleh dibeli orang dan dgn kebanggaan, serba serbi. Sama-sama kita renungkan. Wassalam
Pepatah
Lain hulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.
Memang berlaku perubahan, tetapi berubah daripada baik ke lebih baik, cuba perhatikan baik-baik..jangan melihat tanpa ilmu.
Lain hulu lain parang,
Kalau zaman dahulu, dah lama UMNO ni kena parang.
Tok sah dok belalah UMNO tu, ingat apa yang Dajjal boleh berikan? Syurga di tangan kiri dan neraka di tangan kanan. Kau orang tak rasakan sekarang kita hidup macam dalam neraka dengan pelbagai masalah jenayah, masalah sosial, fitnah menjadi-jadi, harga barang tak pernah nak turun-turun dan sebagai hatta kerana taksubnya orang Melayu memilih syurga di tangan kiri Dajjal.
Anon 10.29am
Engkau ni asal dari neraka ke..kata hidup seperti dineraka...cakap sedap mulut aje, tak payah ke neraka aku pun dengar Alam neraka tak boleh bayangkan..hantar kau ke selatan Thailand pun dah cukup...baru rasa bumi mana lebih baik...
anak kg pertama,
Memang berlaku perubahan, tetapi berubah daripada baik ke lebih baik, cuba perhatikan baik-baik..jangan melihat tanpa ilmu.
--------------------------------------------------------------------------
ilmu apa tu ilmu sumpah, ilmu sihir, ilmu prono, ilmu rasuah, ilmu polisee, ilmu sperm, ilmu ni agakny yg lu maksudkan, berubah ke lbh baik aku setuju, ada video kalar jdkn hitam putih, berubah dari betul2 jaga negara ke jaga perut sendiri, bagus2 perubahan yg di idam2 kn
UMNO skrg adalah UMNO ciptaan Mahathir yang ditubuhkan dalam tahun 1988. UMNO yang sebenar yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946 telah diharamkan. Maka UMNO yang ada pada hari ini bukanlah UMNO yang asal. Terpulanglah kepada pembaca ASD untuk gelarkan UMNO yang ada pada hari sebagai hantu raya ke, parti ciplak ke atau sebagainya. Jadi kita harus maklum mengapa Zairil Khir (anak Khir Johari) memilih DAP sebagai landasan politiknya. Sila baca ini -> http://kalamperantau.wordpress.com/2011/03/01/umno-punca-anak-khir-johari-pilih-dap/
UMNO dulu UMNO Sekarang,
Anak Kg. Pertama menjadi ahli,
Lain dulu Lain Sekarang,
Anak KG, pertama tetap Kuli!
Anak kg pertama takut pergi neraka, tapi sokong puak zalim yang membuat kemungkaran... jadi buat masa ni minta maaf kebarangkalian kau nak ke neraka tu memang tinggi. Selebihnya nak menentukan kau masuk atau tak masuk adalah atas Maha Bijaksana dan Maha Pengasih.
Sesungguhnya Selatan Thailand adalah bumi syuhada, wilayah Islam yang dijajah oleh Thai atau kerjasama British. UMNO tahu apa, dasar anak didik British, Yahudi-UPCO dan Dajjal.
hahaha..UMNO bakal terkubur tahun ini..dengan rahim dan rahman allah..disebalik nama tuhan yg pengasih jatuhlah umno dengan dashatnya.. UMNO signifikan dengan konsep AR-RAHMAN = pemimpin pertama Tunku ABdul Rahman=AR tun Razak=RA Tun Husien onn= H tun mahathir= M tun abdullah badawi=A dan najib=N ade kebenaran tak disebalik nama ni? memang signifikan dan ada persamaan kan? bermaksud kekejaman pemimpin zalim berakhir..dengat rahmat allah keadilan akan dapat ditegakkan.. memang matching la untuk UMNO asalnya ingat ia untuk Anwar=A berakhir pemerintahan ngan nik aziz=N tapi nama ini memang tertuju untuk kepimpinan negara umno...mgkin fitnah kepada anwar ni ujian dari allah sebelum tibanya kembali pemerintahan yg penuh keadilan dan sama rata...hidup negara islam..hidup hudud..Takbir..Allah huakbar..renung2kan dan selamat beramal...ni yang mengkaji adalah dari seorang ustaz yg mendalami kesufian tan tasawuff..maybe ade kebenarannya..atau ia adalah doa dan pasti berlaku
apa yang boleh dibuat kesimpulan dari semua komen2 diats menampakkan akp adalah orang upahan umporno baru yang diciplak dari umno asal oleh piem yg keempat supaya membuat onar dalam blog penyokong pr akp pertama ini adalah orang yang tersangat jahil tentang agama,agama bagiya apa yang ada dalam kepala dia.
Anon 11.13pm
Itu pendapat kau, aku hormati,tapi kat aku upahan UMNO..minta maaf kawan..tak elok tuduhan begitu..aku belum kata fitnah kerana bagi peluang kau utk tarik balik, kalau kau masih pegang kata2 kau tu terhadap aku..percayalah dosa fitnah lebih besar dari membunuh..itu nama jahil menuduh dgn buta2 aje.
Post a Comment