Monday, May 23, 2011

UMNO Pengecut!

JOHOR BAHRU 22 Mei - Pas menyifatkan tindakan UMNO yang masih tidak memberitahu tarikh sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai tindakan pengecut dan tidak adil.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, taktik UMNO yang sering mengumumkan secara mengejut tarikh pilihan raya umum ternyata berat sebelah dan hanya mementingkan diri.

"Mereka bertindak demikian berikutan rasa selamat dengan cara begitu. Ini tidak adil. Mereka bersikap negatif kerana takut kedudukan mereka terancam sekiranya tidak bertindak sebegitu.

"(Bagaimanapun) jentera pakatan rakyat dan Pas sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi PRU," katanya pada sidang akhbar selepas majlis jamuan rakyat bersama Pas Kawasan Pulai di Markas Pas Taman Dahlia, di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas persediaan Pas dalam menghadapi PRU berikutan disebut-sebut akan diadakan dalam masa terdekat seperti yang dibayangkan Perdana Menteri.

Abdul Hadi berkata, sudah sampai masanya rakyat di bandar atau luar bandar membuat perubahan dengan menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah lebih 50 tahun.

Dakwanya, 'kesilapan' rakyat itu perlu diperbetulkan dan pakatan rakyat mengamalkan demokrasi yang berbeza daripada segi dan prinsipnya.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails