Friday, May 20, 2011

UMNO masih Gila Talak.

KUANTAN, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO bersedia meneruskan rundingan dengan Pas mengenai isu perpaduan Melayu.

Tegas beliau kedua-dua parti itu perlu menghentikan perbalahan dan duduk berbincang bagi mengelak masyarakat Melayu semakin berpecah.

“Kedua-dua parti perlu hentikan perbalahan dan sudah sampai masanya kita melihat kedudukan kaum Melayu pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa dan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata perbalahan mempertahankan ideologi politik tidak membawa manfaat malah membawa banyak kerugian.


“Masih terdapat sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang inginkan perpaduan kerana jiwa Melayu sememangnya ada dalam diri mereka,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut meminta agar persidangan sayap-sayap UMNO dan UMNO Bahagian yang sedang berlangsung sekarang membincangkan agenda perpaduan Melayu sebagai antara usul utama dalam persidangan masing-masing.

“Ini sesuai dengan ingatan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang mengatakan bahawa Melayu perlu kuat dan orang Melayu akan menjadi kuat bila bersatu padu.

“Ia juga sebagai menyambut seruan Presiden kita, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perlu Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bersama berbincang demi perpaduan Melayu”, ujarnya.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails