SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan menolak spekulasi ia akan diadakan pada 11 November ini.Prof Ahmad Atory Hussein dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika ia diadakan dalam masa terdekat, dikhuatiri mimpi ngeri Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 pada 2008 lalu akan berulang.
Pada PRU-12, Pakatan Rakyat (PR) rampas Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor daripada BN dan kekal memerintah Kelantan.
“Perdana Menteri tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana banyak lagi perkara penentu kejayaan BN masih belum diselesaikan, terutama berkaitan ekonomi dan politik.
“Pemilihan tarikh pilihan raya tidak boleh diadakan secara tergesa-gesa. Kerajaan perlu mengambil peristiwa pada PRU-12 sebagai pengajaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi PRU-13 akan diadakan pada 11 November ini berikutan ramalan beberapa pihak bahawa angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri.
Angka itu menjadi penting kerana kebetulan Allahyarham bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua itu, lahir pada 11 Mac 1922; ibunya, Tun Rahah Noah, lahir pada 11 Jun 1933, tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Selain itu, Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga 11.
PRU-12 diadakan pada Mac 2008 dan mandat memerintah kerajaan BN selama lima tahun itu sepatutnya berakhir Mei 2013.
Ahmad Atory berkata, kemungkinan besar PRU-13 akan diadakan pada 11 haribulan atau bulan November, tetapi tidak percaya akan diadakan tahun ini.
Bekas pensyarah, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berasa Perdana Menteri tidak akan adakan PRU pada masa parti komponen BN masih tidak menunjukkan prestasi meyakinkan.
“Walaupun sudah memasuki lebih separuh penggal memerintah sejak PRU-12, Perdana Menteri masih belum yakin dengan sokongan golongan muda terhadap UMNO dan beliau tentu bimbang dengan sokongan kaum Cina yang tidak memihak kepada BN.
“Jika perkara ini masih belum diatasi dan perancangan masih belum dilaksanakan, pilihan raya dalam masa terdekat dilihat akan merugikan BN,” katanya.
Sinar Harian

2 comments:
Najib memang nak sangat2 buat PRU13 secepat yang mungkin sebab dia tak selesa jadi PM warisan Pak Lah, dia nak jadi PM pilihan rakyat. Namun dia pun masih tak yakin hingga nak berterusterang tentang tarikh pun dia hanya pusing2 disebalik angka 11.11.11 yang dia kata angka signifikan dalam hidup dia. Penganalisis2 politik pun dah kata tak elok buat PRU13 tahun ni dan Che Det pulak kata elok buat PRU13 tahun depan. Bila mahathir yang kata Najib memang terkedu dan dia mesti dengar cakap Pendeta tu.
Nasihat aku pada Najib, jangan dengar cakap penganalisis dan Mahathir tu, jangan buat PRU13 sehinggalah mandat sekarang genap tempoh sahnya pada 2013. Sementara tu dengan baki tempoh 2 tahun yang ada ni, buatlah apa saja dan dengan apa cara pun untuk hapuskan Anwar, PAS, PKR dan DAP sampai seluruh Pakatan Rakyat pupus dari bumi Malaysia dan rakyat Malaysia tak ada parti lain untuk dipilih selain UMNO dan komponen2 BN, dan Najib tak perlu bimbang lagi pasti PRU13 nanti bukan sekadar menjanjikan BN menang dengan majoriti 2/3 malah kemenangan yang mutlak dan keamanan yang abadi di bumi Malaysia.
Soal bila Najib nak adakan pilihanraya, itu masalah dia, UMNO & BN lah! Tapi PR perlu mula menggerakkan jentera Pilihanraya di semua peringkat. Obor Pilihanraya UMNO telah dinyalakan di bumbung mahligai SUA UMNO secara simbolik. Ucapan TDM yg menyatakan bahawa UMNO kini sedang lemah (saya tambah: dan lemas) telah dipersetujui oleh SUA UMNO sendiri. Jesteru, jangan leka, perkasakan seluruh organ dan sendi organisasi untuk menghadapi PRU13. Jangan jadi seperti di PRN Sarawak yg lepas. PKR bukan main gah nak tanding banyak kerusi, rupa2nya banyak kawasan mengundi tiada petugas. Sampai Polling Agent Counting Agent pun tak ada. Pasti dlm senarai petugas penuh terisi, tapi sebenarnya orangnya tiada. Bagi saya itu biasalah, mengenali cara Azmin Ali buat kerja. Semak segala senarai nama, dari senarai daftar pengundi hingga kepada petugas saluran mengundi. Pastikan ianya betul seperti yg didakwa. Kecekapan menghadapi pihak lawan, (dalam dan luar parti) sudah diseliakan diperkemaskan. Latihan Pilihan olok-olok perlu diadakan selalu.
Jangan diperkecilkan gabungan Rosmah/Najib, nanti ada yg persis diC4 nanti.
Ingat surah an-Nasr. Pertolongan dari Allah (dahulu) dan (baru) kemenangan. Itu yg penting dan terpenting. Musuh kita yg utama adalah iblis dan diri kita sendiri. Mulakan munajat dengan Allah dan berpuasa (menahan diri) self-control. Jadikan itu sebagai kaedah dan benteng. Yg susahnya nanti pasca kemenangan. Yang tomak, yg dengki, yg merajuk, yg tebuk kapal di buritan. Mohon perlindungan Allah dari semua itu. Gerakkan massa secara yg tersusun, agar setiap yg melihat ghiarah untuk turut bersama ke arah reformasi unggul. Ingat tahun 2012 adalah tahun yg pasti merubahkan struktur politik dunia. Tsunami politik mungkin, mungkin! Sekian, sedikit peringatan kepada yg prihatin.
Post a Comment