Tuesday, May 31, 2011

Tarif Elektrik Naik.. Aku sangka mereka bertambah sayang kepada BN.. rupanya...

Artikel ini aku Copy and Paste dari sebuah Blog Penyokong UMNO/BN (The Flying Kick) yang aku sangkakan tidak mempunyai perasaan marah tetapi bertambah sayang kepada kerajaan UMNO/BN berikutan kenaikkan tariff elektrik sebanyak 7%..

Dengan ucapan UNDILAH BARISAN NASIONAL LAGI!!!!

NEGARA PENDAPATAN TINGGI BELUM TENTU, TAPI INFLASI TINGGI SUDAH PASTI!!!!

Oleh : Cucu Tok Wan

Harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia menokok lagi ekoran kenaikan tariff elektrik dan gas asli. Ada banyak rantaian daripada kesan kenaikan tariff berkenaan. Mungkin penjelasan selapis oleh Menteri terbabit bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan memberi kesan kepada 75% pengguna domestik sebenarnya boleh digelak-gelakkan kerana ia sebenarnya memang bahan lawak.


Bagaimana 75% yang dikatakan tidak menerima kesan akibat kenaikan tarif elektrik boleh mengelak daripada masalah lain yang timbul? Adakah golongan tersebut akan menikmati harga barangan dan perkhidmatan yang lebih murah berbanding 25% lagi penduduk Malaysia?

Tetapi yang paling lawak ialah apabila Menteri berkata, mereka yang mempunyai di bawah RM20 akan menikmati elektrik percuma!

Siapa sebenarnya yang menikmati elektrik percuma itu? Rakyat Malaysia atau rakyat asing yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang dan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumentasi?

Perdana Menteri seringkali meuar-uarkan tekad untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Namun persoalannya sekarang, berpendapatan tinggi sangatkah kalau inflasi bergerak secara menegak dan mendahului sebarang pengumuman rasmi kerajaan tentang kenaikan harga?

30% kenaikan bagi harga barang... itu adalah anggaran paling cikai yang boleh dibuat ekoran kenaikan 7.12% kenaikan tarif elektrik. Ketika China yang mengalami kekurangan tenaga elektrik di seluruh negaranya yang luas itu hanya mampu menaikkan tarif elektrik sebanyak 3%, Malaysia nampaknya mendahului kenaikan berkenaan dengan alasan, pertambahan harga gas asli!

Dan untuk mendapatkan simpati rakyat, TNB menjangkakan keuntungan mereka menyusut pada tahun ini!!!

BULLSHITTTTTT!!!

Bagaimana TNB boleh mengalami keuntungan menyusut kalau mereka adalah satu-satunya pembekal kemudahan itu di Malaysia? Dari awal kewujudan TNB sehinggalah sekarang, sudah berbiliion-bilion keuntungan yang TNB perolehi. Walhal sebagai sebuah syarikat kerajaan, TNB seharusnya membantu kerajaan menyenangkan rakyat dan memenangkan kerajaan dalam pilihanraya umum.

Tetapi nampaknya TNB sebagai GLC sangat berpegang teguh kepada semakan tarif setiap enam bulan sekali. Dua kali semakan tarif tak naik, tapi semakan pada enam bulan ketiga, kenaikan pasti melebihi 5%!!!

Ada pihak yang mengatakan, dalam hal ini, TNB tidak boleh dipersalahkan kerana yang membuat keputusan untuk menaikkan tarif adalah kerajaan. TNB hanyalah patung atau boneka yang digerakkan oleh kerajaan. Kerajaan tidak campur tangan dalam pengurusan TNB tetapi hanya membuat keputusan tentang sebarang perubahan tarif.

Dan kalau itulah yang berlaku, ternyata ia hanyalah ibarat senjata yang menikam belakang sendiri!!!! Sendiri fahamlah!


The Fying Kick

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails