Thursday, May 26, 2011

Tangguh kenaikan harga RON95, bukti BN takut..

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.


“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

“Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.

“Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14220

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails