Monday, May 23, 2011

Tanah Runtuh : Najib akan melawat esok tapi Anwar akan melawat hari ini!

Dua berita dibawah ini menunjukkan lebih jelas kepada kita rakyat Malaysia (yang masih mampu berfikir) apakah yang dimaksudkan dengan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'..

Najib yang kini sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas tidak memendekkan lawatannya kerana baginya pencapaian lebih diutamakan..

Anwar Ibrahim pula menunjukkan kepada kita apa yang dikatakan 'Rakyat didahulukan'..

Bernama melaporkan..


PM Dan Isteri Akan Bakal Tiba Selasa Ini Untuk Ke Lokasi Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat sejurus tiba dari lawatan luar negara Selasa ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Ahad, Najib dan isteri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Najib kini berada di Washington untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas dan dijadual pulang ke tanah air Selasa ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang semalam, 16 mangsa terkorban manakala sembilan yang lain cedera.


Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Al Hidayah

Dato Seri Anwar Ibrahim akan ke bilik gerakan penyelamat Kerajaan Negeri Selangor Di Hulu Langat pada jam 6.45 petang bersamaan 23 Mac 2011 (hari ini).Beliau akan diiringi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah butiran lawatan:

Lokasi: Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al Taqwa,Lembah Azwan Resort,Jalan Felcra Sungai Semungkis,Batu 14,Hulu Langat.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails