Saturday, May 28, 2011

Suaram lancar ‘Ops Scorpene’.

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan melancarkan kempen dipanggil ‘Ops Scorpene’ bagi meraih dana dalam siasatan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Izmil Amri Ismail berkata, ia berhubung siasatan terhadap syarikat Perancis, DCNS yang membayar komisyen kepada syarikat tempatan, Perimekar Sdn Bhd bagi pembelian dua kapal selam berkenaan.


“Kempen adalah bermatlamat mengumpul dana bagi meneruskan litigasi yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis berhubung penyiasatan kehakiman dalam syarikat Perancis DCNS yang dikatakan membayar satu amaun komisyen kepada Perimekar, untuk pembelian kapal selam Scorpene,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Disember 2009, Suaram berkerjasama dengan peguam hak asasi dari negara itu, memfailkan aduan kepada mahkamah Perancis, supaya siasatan dilakukan.

“SUARAM telah memantau skandal bukan sahaja mengenai kematian misteri dan mengejutkan Altantuya Shariibu, tetapi peranannya dan penglibatan dalam perolehan senjata untuk kerajaan Malaysia, membawa kepada pembunuhan ngerinya,” jelasnya.

Sehubungan itu, Suaram akan membuat satu sidang akhbar pada Isnin depan bagi menjelaskan perkara itu di Auditorium, Dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela.

Pada April 2010, peguam mewakili Suaram memberitahu, mahkamah Perancis telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta dari DCNS kepada Perimekar.

Perundingan itu dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak merupakan pemilik Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu.

Bagaimanapun sebelum ini sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan Armaris tidak pernah membayar Perimekar sebagai komisyen, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang dikatakan sebagai perantara dalam pembelian kapal selam berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14285

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails