Saturday, May 14, 2011

Sampai ke Masjid pun diedar Video Lucah?

KUALA LANGAT 14 MEI : Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan rakaman video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangakang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al- Hidayah, Telok Panglima Garang.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata tindakan tidak bertamadun itu bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah dikalangan rakyat Malaysia.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir menjelaskan video tersebut dijumpai pada Ahad lepas bersamaan 8 Mei lalu semasa para jemaah masjid sedang menjamu selera selepas mendengar kuliah subuh dimasjid itu.


Rahman menyatakan rasa kesalnya apabila pihak yang bertanggungjawab tidak mampu membezakan antara kesucian agama dengan politik jahat, membuka keaiban individu lain.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Eskay bertindak membuat sumpah laknat apabila pelbagai pihak meragui pendedahan yang dilakukannya bersama bekas menteri besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sumpah laknat ini dikritik pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Beberapa laporan polis telah dibuat pimpinan Pakatan Rakyat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails