Tuesday, May 24, 2011

Pendedahan Eskay yang dikatakan mendebarkan oleh Pencacai UMNO..

Semalam ada sebuah blog Pro UMNO (blog mana aku dah lupa tapi yang pasti salah satu blog yang ada dalam blogroll pro UMNO/BN aku tu) menulis kononnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR semakin berdebar debar kerana menurutnya Eskay hari ini akan mendedahkan satu lagi kepincangan Anwar.

Hari ini aku tertunggu-tunggu juga apakah pendedahan yang dimaksudkan itu..

Selepas habis menghadiri training yang diadakan oleh The International Republican Institute dari United States di Sunway Hotel, Seberang Jaya tadi .. aku pun log-on ke alam cyber.. terjumpa satu pendedahan lagi oleh Eskay tentang Anwar Ibrahim..


Tapi kalau setakat pendedahan macam ni dikatakan mendebarkan.. tak tahulah aku nak kata apa..


‘Saya tidak perlukan Anwar tetapi Anwar perlukan saya’

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkawan dengan individu yang beliau mempunyai kepentingan, dakwa bekas kawannya Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi.

“Tanyalah perkara ini kepada kawan-kawan Anwar yang sudah meninggalkan beliau semasa beliau berada dalam Umno dan PKR,” katanya yang juga ahli perniagaan seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mendakwa, beliau bukan rakan karib Anwar seperti Datuk S Nallakaruppan tetapi rakan biasa yang dikenali sejak 1996.

Beliau juga mendakwa hubungan itu tidak mempunyai kaitan dengan kepartian atau menjadi pengikut Anwar.

“Saya tidak memerlukan apa-apa dari Anwar sebaliknya mantan timbalan perdana menteri yang lebih memerlukannya.

“Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa. Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya tetapi dia memerlukan saya bagi tujuan tertentu. Semasa di Thailand, banyak benda yang berlaku dan banyak benda yang berlaku itu saya tidak setuju.

“Sebagai seorang kawan, saya akan membantu apabila Anwar ke Thailand kerana kebanyakan masa beliau pergi seorang diri,” katanya.

Video seks

Shazryl merupakan salah seorang individu yang mendedahkan video seks yang didakwanya Anwar kepada wartawan dan ahli politik terpilih bulan lalu.

Dua lagi individu ialah mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim yang menamakan kumpulan mereka sebagai Datuk T.

Kes itu kini sedang disiasat polis,

Ditanya mengapa sekarang beliau meninggalkan Anwar, Shazryl berkata.”

“Soalan itu perlu diajukan kepada rakan-rakan seperjuangan Anwar seperti Dr Chandra Muzaffar, Senator Ezam Mohd Nor dan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan yang lain-lain yang meninggalkan ketua pembangkang itu kerana jawaban saya sama seperti mereka.

Shazryl juga mendakwa peribadi Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perkenalan dulu.

“Sebagai seorang rakan lama, saya sangat mengetahui Anwar. Beliau sudah berubah sejak kebelakangan ini terutama selepas tuduhan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pemimpin lemah

“Malangnya status emosinya kelihatan tidak setabil dan keutamaan serta agendanya tiba-tiba berubah. Dia menjadi pemimpin lemah di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi, malahan dia sebenarnya sedang digunakan dan dimanipulasi oleh beberapa pihak untuk mencapai agenda mereka,” katanya.

Shazryl juga mengingatkan Anwar supaya meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
“Pesanan saya keluarga anda lebih penting. Pergi luangkan masa dengan mereka. Insya-Allah kamu akan menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak boleh lagi terus menafikan tidak terbabit dengan rakaman video seks dengan pelacur dipercayai dari China.

“Saya telah bersumpah bahawa kami berdua berada dalam paparan video itu. Anwar jangan nafikan lagi. Anwar perlu faham bahawa dalam kehidupan ini pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran. Rakyat sudah mempercayainya,” tambahnya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails