Pagi tadi Astro Awani melaporkan.. Tun Mahathir telah berkata “Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,”.Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa..
Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah..
Jika Mahathir sendiri yang pernah menerajui UMNO selama lebih dari 20 tahun telah berkata pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri bukannya untuk kepentingan bangsa, agama dan Negara secara tidak langsung Tun juga mengatakan bahawa pencacai-pencacai UMNO telah ditipu oleh pemimpin mereka..
Mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana sifat taksub yang melampau hinggakan mereka menjadi buta untuk melihat hakikat sebenar pemimpin yang mereka sanjung itu..
Dr M ramal pilihan raya bukan tahun ini
KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohmad meramalkan pilihan raya umum tidak akan di adakan pada tahun ini.
“Kalau buat sekarang Umno akan kalah kerana isu perkauman sedang kuat.
“Umno pula dalam kedudukan yang lemah walaupun tidak terlalu lemah.
“Tetapi terpulang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata bekas perdana menteri selepaas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras hari ini.
Dr Mahathir menjawab soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13.
“Tunggu habis edah” tambahnya dengan nada bergurau.
Menurut beliau, Umno berada dalam kedudukan lemah kerana orang Melayu marah dan tidak menyokongnya.
“Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri.
“Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama danb negara,” katanya.
Dr Mahathir ekstremis sama ada parti politik dan individu kini muncul kerana kerajaan yang ada hari ini lemah.
Menurutnya, ekstremis tidak muncul sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama tahun.
“Ada juga segolongan orang Cina yang ekstrem. Tetapi orang Cina tidak larang dia bercakap.
“Dalam Umno ada ekstremis juga,” tambahnya.
Free Malaysia Today

8 comments:
Sebaik-baik contoh apa yang Mamak Nyanok ni komen ialah dirinya sendiri.Tak payah nak cari pemimpin UMNO lain,DIAlah sebaik-baik contoh,berjuang untuk harta,kontrek dan AP.Dia pandai cakap sebab dia dah buat semua kerja tu.
menunggu spin AKP dan Zethro...
Baru hari ini Tun sedar,betullah depa kata selama dia jadi PM asyik dok kena tipu aje dengan orang2 kuatnya.
Kalau Tun nak tau dah banyak dah jutawan segera muncul dari kalangan ahli2 UMNO baik dari JKKK sampailah kepada YAB.
Hanya Tun seorang sahaja yang jujur dan bersih kerana berjuang demi agama dan bangsa Melayu,kata Tun sendiri leee.
Aku rasa, Tun ni bercakap mcm ni masa Najib kat luar negara jer... Bila Najib balik ke Malaysia, maka dia cakap lain pulak...
Tun ni aku pelik jugak, sepatutnya dia kata, kalau kerajaan umporno ni dah teruk sangat, MINTAKLAH RAKYAT TUKAR KPD PAKATAN RAKYAT, MCM KAT AMERIKA, ENGLAND, JEPUN... MANA2 NEGARA DEMOKRASI YG BERTUKAR KERAJAAN JIKA KERAJAAN YG ADA DH TAK BETUL. HANYA NEGARA MCM BURMA & AFRIAK, ARAB AJE YG PAKAI KERAJAAN YG SAMA.
YAHUDI PON SERING TUKAR KERAJAAN, TAPI POLISI BUNUH/JAJAH/RAMPAS TANAH ORG PALESTIN SAMA AJE.
Lama dah...
Tak kan baghu sedaq kot...
Tapi pecacai2, juak2 UMNgOk @ UMporNO ni dok sokong lah pemimpin2 corrupted depa tu...
Pasai ada fulus masyuk...
Kalau tak sokong...nanti mis soru pulak...
He he
Mahathir is illuminated (not Illuminati, okay)!!
Kesian... Mahathir baru sedaq. Selama ini di buai mimpi indah ?
betui le apa yang pakatan dok cakap selama ni, tak salah lagi dah,dia p unya mentor pun sudah mengaku.
apa lagi tunggu masok Pas lah pulak .
Post a Comment