Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, May 27, 2011

Pelakon Video Lucah telah dipanggil Polis..

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Jika Anwar Ibrahim tidak dipanggil ianya menjelaskan kepada kita bahawa selama ini demi untuk memusnahkan kredibiliti Anwar Ibrahim.. pencacai dan juga blogger pro UMNO rela dijilat api neraka dengan menyebarkan fitnah!!


Pelaku video seks disiasat

KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. - Kosmo Online


Dan lidah Rasmi UMNO juga telah melaporkan...

Pelaku video seks sudah dipanggil

KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya.

4 comments:

Anonymous said...

hahha..anwar telah pon dipanggl..die xnk heboh2..tngu bila tiba msnya..

Anonymous said...

Mudah sahaja polis memanggil pelaku video lucah.....?????? TV3 tak mahu tunjuk .....ke...wajah si pelaku tu...Rakyat pun nak tengok.....Betul ke Anuar Ibrahim.....terutama pencacai UMNO.....Tolong tunjukkan wajahnya.....rakyat rinduuuuuuuuuuuu nak tengok....

Anonymous said...

Eskay didikan dan barua umno yg bersumpah dengan Quran tapi tak faham apa quran kata tentang sumpah. Orang muslim yg menuduh seseorang tanpa bukti dan saksi yg adil adalah fasiq, tak boleh jadi wali dan tak boleh angkat sumpah.
Inilah orang2 umno yg hanya junjung quran, cium quran (semua ini pun baik) tapi yg lebih penting tak pernah mahu memahami quran.

FMZam said...

aha....Eskay pun dah dipanggil tapi sebelum dipanggil dia heboh dulu sampai polis jadi takut nak panggil....tunggu bila tba msanya tuhan akan panggil Eskay.....

Archive

Related Posts with Thumbnails