Monday, May 30, 2011

Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

Mungkin ada kebenarannya dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini..“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”


Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.


Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘sampah’, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama’.

Pemikiran Ulama Umno

“Dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil.

“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

“Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang ‘ulama’ di dalam Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Noor yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat dalam laporan berita Utusan Malaysia berkata tindakan Nik Aziz jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Beliau juga dipetik akhbar itu menyarankan supaya Ulama PAS membuat mufarakah (berpisah dari imam) terhadap kepimpinan Nik Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam semata-mata melindungi kepentingan individu tertentu.

Mahkamah Syariah

“Tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil.

“Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum Islam?

“Justeru, tindakan Nik Aziz mempertahankan Anwar tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam,” tegas Ahmad Fadhli.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata orang yang perlu bertaubat adalah Mohd Noor sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf (sumber ilmu) sehingga tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

“Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah (bertemu Rasulullah dalam keadaan jaga dan bukannya mimpi), saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

“Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia,” katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails