Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, May 10, 2011

Mimpi Zahid Mat Arip Menjadi Nyata?

Alangkah indah hidup ini jika mimpi menjadi nyata (mimpi jumpa hantu tak payah la..) tapi mimpi itu hanyalah mainan tidur kata orang tua-tua.. tapi mimpi mamat ni lain pula.. mimpi yang nampak lain macam saja..

2 Mei lalu aku ada menyiarkan satu Videoclip yang diambil dari Minaq Jinggo, videoclip yang menayangkan Zahid Mat Arip yang dulu bersama PKR.. kini sudah keluar menceritakan tentang mimpi yang dialaminya ketika tidur mungkin kerana tak basuh kaki..

Mamat tersebut telah mengisahkan bagaimana beliau telah melihat didalam mimpinya itu Anwar dan beberapa orang Yahudi merancang satu konspirasi bunuh keatas Anwar yang dirancang oleh Anwar sendiri bagi membolehkan Anwar Ibrahim melarikan diri keluar Negara.. video tengoklah kat SINI..

Tapi hari ini apa yang dimimpikan oleh Zahid Mat Arip itu nampak mula menjadi nyata bila Pemandu peribadi Ketua Umum PKR membuat laporan polis mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.


Adakah ini Suratan, Kebetulan ataupun Perancangan???


Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar, brek kereta diusik

PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar , Abdullah Sani Said (gambar).

Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.

Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.

Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau.

Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh.

“Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta,” katanya dalam laporan polis dibuat hari ini.

Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar.

“Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang.

“Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan,” katanya.

Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan.

Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan.

Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu ‘pin bolt’, yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek.

“Saya dimaklumkan mustahil bagi ‘bolt’ terkeluar tanpa diusik,” katanya.

Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa “ada pihak” yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu “menyebabkan kecederaan atau membunuh” ketua pembangkang atau anggota keluarganya.

“Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar,” katanya lagi.

Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera.

Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan.

Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan “mustahil bagi ‘pin bolt’ untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak.

“Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu ‘pin bolt’ pada kaliper brek.

“Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua ‘pin bolt’. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi ‘pin bolt’ terkeluar dengan sendirinya.

Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik.

Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu.- The Malaysian Insider




10 comments:

FMZam said...

Anak haram ni kalau nak menipu pun patut2 la, kalau dalam mimpi pun dia boleh kenal ke orang Yahudi? memang sah lah dia ni anak haram yahudi mana tah. Ni ada sapa2 ustaz UMNO yang nak suruh kita percaya pada mimpi ke?

mona gersang said...

hebat org tua ni boleh mimpi hal org lain.
kalau dia mimpi dia pak chu cheng macamana? nak di heboh kat Utusan ?

Anonymous said...

sebenarnya mrk mungkin dah merancang sesuatu yg tak baik ke ats anwar kmdn si zahid ni buka lah konon2 nya dia bermimpi sebegitu supaya nanti jika sesuat berlaku ke atas anwar rakyat tak akan tuduh ia nya satu konspirasi..sungguh bijak mrk ye tp rakyat bukan bodoh utk berfikir, kalau aorang yg 'Abid dan Muqarabbin bermimpi mcm itu mungkin ia satu lham dari Allah swty tp kalau si zahid ni soleh ke amalan dia, insaf lah tak lama lg kita mungkin di panggil Ilahi jgn papa di pdg mahsyar.

Anonymous said...

mana p AKP?? tak sabaq nk baca komen merapu dia??

ulama pencacai anwar pas dan dapig said...

SEDAP NYA MENUDUH ORG YE.. MENUDUH ORG JAHIL,TAK DE IMAN, JIJIK.. DASAR ORG PKR DAN PAS NI MMG LAH STREOTYPE.. JUMODDDDD ... PATUTLAH JADI PENCACAI NAJIS DAPIG.. SAMALAH MACAM PEMIMPIN PAS TERTINGGI.. GURU AGAMA KONON.. TAPI HAMPAS MEMECAH BELAH ORG MELAYU.. SUNGGUH BUTA DAN TULI MATA PENCACAI PAS DAN PKR... PENAFIAN DEMI EGO DAN MARUAH.. DAH TERANG2 DIA BERZINA DENGAN PELACUR..CINA PULAK TUH... LEPAS NI ADA LAGI... HAHAHHAHAHA KESIAN AKU TENGOK... ZIKIR PUNYA KUAT,SOLAT KALAH SAHABAT NABI.. TAPI AMAL MACAM TAK SAMPAI PADA ALLAH.. SEBAB BUTA MATA HATI... KONON NYA KALAU MASUH PAS..JAMIN SYURGA ..YA KAA.... KIRA KALAU DAH PAKAI KETAYAB PUTIH CAP ABDUL TUH...DAH ABIH AMBIYA LA TU... BAGAI AL HAFIZ DAN SUNNAH... SEMUA HAMPEHHHH... GAYA JA LEBIH.. JUMOD HANGPA LAH YANG BAGI PEJATUH ISLAM... BODOH NYA LAA HAIIII MACAM PENCACAI NOOOO.....

AnakMerz said...

Kalau tanya Najib atau Mahathir pasal kejadian yang menimpa Merz tu pasti Najib dan Mahathir akan kata Anwar yang sengaja rosakkkan disk brake tu. Tak pun dorang akan kata Anwar sengaja nak eksidenkan dirinya.. Kah.. Kah.. Kah

FMZam said...

Wahai ulama pencacai,

Islam apa yang UMNO dirikan yang kamu kata kami menjatuhkan Islam? Islam sekular? Islam Hadhari? Dan kamu serta kaum UMNO kamu menentang Islam PAS yang tidak mahu berkompromi dengan Islam sekular dan Islam Hadhari. Islam itu Islam, yang memecahbelahkan Islam ialah apabila ada pula puak yang mahu menukar Islam menjadi sekular dan Hadhari dan entah apa lagi mazhab Islam yang UMNO akan perkenalkan asal saja Islam UMNO itu boleh meletakkan orang2 yang berkuasa, munafik dan rasuah disisi Allah. Seorang Islam yang sejati tidak akan menghina para ulama, tapi Islam UMNO mengajar penganut2nya menjadi sombong bongkak sehingga berani mengeji, menghina dan memalukan siapa saja para ulama yang tidak mahu menyembah UMNO. Sedarlah bahawa tiada siapa yang kenal PAS kalau PAS itu bukan Islam dan tiada siapa yang kenal UMNO kalau UMNO itu bukan Melayu. Jadi, yang mana kamu mahu, Islam dahulu ke Melayu dahulu, sedangkan pemimpin kamu kata 1Malaysia pun tapi kamu kata Melayu dahulu? Jadi dimana Islamnya kamu? Jadi bagaimana kamu kata PAS memecahbelahkan Islam kalau kamu adalah Melayu dahulu Islam kemudian? Orang2 Islam bukan sebodoh Melayu seperti kamu, ada faham?

Anonymous said...

ada lagi mangkuk hayun yang jahil murakap tentang islam cuba nak berhujah,kalau hang dok diam2 sapa pun tak tau kata hang jahil murakap,tauka... jahil murakap tu apa benda?kalau tak tau pi mintak fatwa kat masitah nanti dia akan kata,"kita tak boleh potong tangan orang yang mencuri lebih baik kita bagi kerja kepadanya,harus melacurkan diri kerana terpaksa untok menyara anak"inilah fatwa ilam sekular alias islam hadhari pundikuty.

Anonymous said...

Bgaimanapun, mulai skg Anwar kena lebih berhati-hati... sb umno kehabisan modal... betul2 dah habis.. klau ada video atau org umno yg nampak anwar 'buat kerja' tak senonoh pun org dah tak percaya langsung... tinggal satu je iaitu menjadi kan mimpi zahid menjd kenyataan... semuga anwar dilindungi Allah...

Anonymous said...

DASAR UMNO dan para penyokongnya berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an....


Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Archive

Related Posts with Thumbnails