Friday, May 20, 2011

MB Kedah dah ada Facebook!!

Sebelum itu.. Artikel ini bukanlah ditulis dengan niat untuk menghina apatah lagi untuk memperkecilkan kewibawaan Ustaz Azizan malah jauh sekali untuk menjatuhkan kredibiliti beliau yang aku hormati.. tetapi sebagai hebahan untuk pengetahuan sahabat sekelian..

Semalam aku terbaca kat KedahLanie.info satu artikel yang ditulis oleh anakkedah 007 mengenai facebook dan blog yang dijadikan medium untuk merapatkan hubungan antara Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Rakan-Rakan Facebook mereka..

Penulis menyuarakan kesedihan kerana MB dan KM negeri Pakatan Rakyat ada juga facebook tapi MB mereka tak ada...

Sedih jugak aku baca.. Kesian kat depa.. meleret-leret ayat dia.. cuba korang baca kat bawah ni..



MB dan KM negeri Pakatan Rakyat ada juga facebook tapi MB kami tak ada..kesian kat kami..

Aduhai... sapa-sapa yg jadi rakyat Kedah dan suka layan facebook dan blog nie tentu rasa malu dan tercabar bila tengok KM pakatan rakyat dari Penang nak jumpa Rakan-Rakan Facebook beliau....

Apa tak malunya... MB KEDAH kami haram tak ambik peduli pon bab facebook dan blog nie.. Jika dia ambik peduli tentu dah ada facebook beliau... nie haram tak ada pon.. yg ada satu tu pun baru2 nie ja buat itu pon tak tau sapa punya sebab tak berupdate...

Jika MB KEDAH sebok kami tau laa dia kan MB dan bila jadi MB nie tentulah sebok tapi yang herannya MB nie w/pon sebok terra mana pon tentu dia ada PA dia tak pun Jabatan Penerangan dia... takan puak-puak nie tak reti nak uruskan benda nie...

Aku tengok NIK AZIZ & ANWAR IBRAHIM ok jaa dok layan RAKAN-RAKAN FACEBOOK depa.. Tapi mai yang KEDAH nie awat laa tak tau nak kata apanya.... macam perak buih jaaa dengan manatang facebook & blog nie....

Bukan apa rakyat nak tau juga xtvt terdekat dan terkini MB kita.. Jika ada facebook dan blog nie dapat juga rakyat dapat tau cerita fresh dan koleksi2 cerita MB kita sebagai rujukan.... kalau aku nak buat aku bukannya ikut pungkoq MB hari-hari.... orang yg follow MB hari2 ialah orang yang bertugas dekat wisma tu laa...jadi depa nie yg kena bijak oleh cerita pasai MB nie... ambik gambaq dia buat lawatan..mcm spt AGUNG mai baru2 nie, banyakan gambaq MB bersama AGUNG dan TUANKU SULTAN... tunjukkan keeratan mereka bersama dalam majlis.. benda2 macam nie rakyat nak tengok....

Tapi tak tau laa nak kata apa kat hangpa dah 3 tahun dah perintah oi.. takan tak boleh belajaq lagi kot nak promosi media mcmana..... - KedahLanie.info


Bila habis saja aku membaca artikel tu.. akupun log-in Facebook aku..

Dalam sibuk chatting tu aku klik kat friend request tu pasal aku tengok ada lagi 12 orang yang berkawan dengan aku.. dalam aku klik Confirm Friend request tu.. terpandang aku satu wajah yang amat popular di Kedah..

Wajah itu ialah Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah..

Tahniah buat Ustaz Azizan yang kini sudah mempunyai Facebook!!

Kat bawah aku letak link FB dia..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails