Monday, May 16, 2011

Lagi Berita Baik buat pencacai UMNO...

Kalau pagi ini seperti yang dijangka banyak pihak, Anwar Ibrahim telah diperintahkan membela diri oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tuduhan liwat keatasnya.. kerana menurut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa." .. merupakan satu berita yang amat menggembirakan pencacai UMNO..

Ini pula satu lagi berita yang pasti membuat para pencacai UMNO melompat-lompat kegembiraan.. kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada UMNO/BN bakal dihargai oleh para pemimpin mereka…


RON95 : Dijangka Naik Lagi

PUTRAJAYA 16 MEI : Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya dipetik Bernama Online.

Ismail Sabri berkata kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails