Tuesday, May 17, 2011

Kurang Subsidi, Harga barang naik la Mak Cik.. bukannya turun..

Petang tadi semasa aku bersembang dengan seorang lagi Anak Sungai Derhaka (Kawan aku la…) yang berkerja dengan Transportation Company pasai isu Subsidi Diesel yang akan dimansuhkan oleh Barisan Nasional pada june ini, terkeluar satu cerita..

Cerita tentang subsidi dan apa yang difahami tentang subsidi itu oleh segelintir.. mungkin sebahagian Warga Emas ,yang awal-awal lagi telah ditipu oleh beberapa pemimpin dan ahli UMNO di sini..

Cerita sahabat aku.. Ahad lalu beliau telah menemani Ibunya ke Pasar Tani di Kubang Semang yang juga dikenali dengan nama “Ban Busuk” bagi membeli keperluan untuk satu minggu..

Sahabat aku menunggu ibunya didalam kereta..


Menurut sahabat aku itu, ibunya telah bercerita tentang seorang temannya yang telah menegur bila melihat beliau membawa banyak barangan keperluan dapur itu..

Tegur teman Ibu sahabat aku itu “ Awat hang beli banyak sangat barang ni? Hang nak buat apa beli banyak-banyak tu?”

Ibu sahabat aku itu menjawab “ Mana banyak.. macam biasalah.. cukup untuk seminggu saja ni..” dan Tanya beliau kepada temannya pula “Awat hang Tanya? Yang hang tu awat nampak berlenggang saja?”

Jawab temannya.. “Saja Tanya.. Aku beli sikit-sikit saja.. nak beli banyak-banyak pun sat lagi rugi pulak”

Dalam nada kehairanan Ibu sahabat aku bertanya “ Awat rugi pulak?”

“Kan bulan depan Kerajaan dah nak kurangkan subsidi.. barang nanti turun hargalah.. kalau beli banyak-banyak kan rugi bila dia turun harga bulan depan…” jawab sahabatnya dengan penuh keyakinan..

“Oooo… lagu tu..” lantas Ibu sahabat aku berlalu dari situ..

Patutlah ramai warga emas yang tegar menyokong UMNO tidak marah bila mengetahui yang subsidi Diesel akan ditarik, mereka juga tidak marah bila mengetahui subsidi untuk barangan keperluan asas akan dikurangkan..

Kerana mereka telah difahamkan bahawa pengurangan subsidi oleh Kerajaan itu akan membawa kepada pengurangan harga barangan tersebut oleh penyokong-penyokong UMNO..

Semoga Makcik Pakcik yamg dah kena tipu oleh UMNO pasal subsidi ini panjang umur untuk membolehkan mereka menikmati apa yang dikatakan penurunan harga barang berikutan pengurangan subsidi oleh kerajaan..

Nak salahkan merekapun tak boleh juga.. pasal mereka tidak tahu mencari maklumat lain selain dari yang disogokkan oleh Utusan, TV3 dan juga Pencacai UMNO..

Tapi mungkin juga pencacai UMNO faham sebagimana yang difahami oleh Makcik itu, iaitu Barang keperluan akan turun bila subsidi diturunkan.. sebab itulah mereka masih menyokong UMNO..

Mereka kelihatan sanggup menjadi Lembu yang dikorbankan untuk makanan tuannya.. Nak berkorbanpun tengok keadaanla sedara..

Kalau berkorban untuk membolehkan kesenangan dan kekayaan pemimpin itu dikekalkan buat apa? Itu bodoh namanya!!

“Rakyat di Dahulukan.. Pencapaian di Utamakan” Kepala hotak depa!!!!


Petrol RON95: Kerajaan tak peduli beban rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memang tidak pernah memegang janji berhubung soal kenaikan barangan dan terbaru petrol RON 95 yang dijangka mengalami nasib yang sama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Rahman Yusof.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah memikirkan bebanan rakyat yang terpaksa menanggung implikasi daripada kenaikan petrol terhadap barangan lain.

“Kerajaan tidak pegang janji kerana menterinya sendiri mengumumkan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan petrol RON95 yang rata-ratanya digunakan rakyat kelas pertengahan dan rendah.

“Implikasi kenaikan petrol akan memberikan kesan yang besar kerana semua barangan keperluan dinaikkan harga. Mangsanya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban selain menambahkan hutang isi rumah,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam kerajaan yang acap kali menaikkan harga barangan keperluan dan petrol sedangkan gaji rakyat tidak dinaikkan.

“Pendapatan rakyat tidak dinaikkan, tetapi yang naik harga barang keperluan. Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kerajaan, tapi subsidi kepada syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP) tidak ditarik.

“Sekiranya mahu kurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi kepada syarikat kroni supaya rakyat tidak dijadikan mangsa dengan menanggung kenaikan harga. Tapi yang berlaku sebaliknya kerana kerajaan mementingkan kroni-kroni mereka,” kata beliau.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Sebelum ini kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 akan ditangguhkan sama ada berlaku kenaikan ataupun tidak sehingga selepas pilihan raya umum.


http://www.keadilandaily.com/?p=13515

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails