Wednesday, May 25, 2011

Konsisten kononn.. Podah la Khairy!! Ni apa?? Siapa Tulis?

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sambil menegaskan pendirian beliau dalam isu berkaitan subsidi adalah konsisten.

Oleh itu tegas Khairy (gambar), Saifuddin tidak sewajarnya menyerang beliau kononnya telah berubah pendirian berbanding tiga tahun lalu, sebaliknya patut menyokong usaha membantah pengurangan subsidi RON95.

Semalam, Saifuddin mendakwa Khairy bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin berkata Ketua Pemuda Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.


Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah satu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh kerajaan memandangkan ia bukannya satu perbelanjaan produktif,” kata Khairy dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pada masa sekarang hanya tiga peratus daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong di kalangan rakyat miskin.

“Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi naib ketua Pemuda Umno, sehingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana,” kata Khairy lagi.

Namun kata beliau, usaha ke arah itu harus mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus.

“Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

“Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikan harga RON95 dalam masa yang terdekat,” katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairy, adakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itu yang dianggap terbaik untuk rakyat.

Khairy menambah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang patut menyokong pendiriannya membantah pengurangan subsidi RON95, bukannya menyerang beliau secara peribadi.

“Apakah beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda Umno dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?” kata Khairy lagi.

Khairy juga menambah, Saifuddin barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ahli-ahli politik yang mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu.

“Saifuddin juga tidak terkecuali. Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk menghentikan persidangan mengenai Timor Timur (kini Timor Leste) sewaktu beliau masih bersama Umno.

“Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut,” katanya merujuk kepada insiden awal 1990-an.

Pokoknya di sini, jelas Khairy, terdapat perbezaan ketara antara pendirian beliau dengan Saifuddin atas alasan tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok.

“Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada.

“Sekiranya, Saifuddin masih bersikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?” kata Khairy.

Oleh itu tegasnya, “apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk hari in?”

“Bukankah Saifuddin juga belajar daripada pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?” kata Khairy sambil menambah, “tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang.”

Maka, katanya, oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka “bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh.”-The Malaysian Insider


Cuba baca apa kata Khairy masa Bapak Mertuanya iaitu Pak Lah menjadi Perdana Menteri..






Sebahagian dari rencana ditulis Khairy yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO

Pada masa yang sama, ada juga desas- desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga tol dan sebagainya. Namun, bukankah peningkatan itu merupakan harga sebuah negara yang membangun dengan sumber asli yang terhad kerana realitinya, apakah yang datang dengan percuma?

Tambahan pula, bukankah sesuatu yang wajar diterima jika kenaikan harga tersebut berpunca daripada pengurangan subsidi, agar wang kerajaan dapat diperuntukkan kepada perkara-perkara yang lebih memerlukan, yang lebih bersesuaian seperti pembinaan sekolah, hospital dan jalan-jalan kampung di kawasan pedalaman? Dan perlukah kita terus mengecam dan mengkritik sedangkan Malaysia masih merupakan negara yang paling murah untuk didiami?


Research oleh EkEle.Net

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails