Sebelum itu, sedikit untuk dikongsi bersama.. Semalam ketika mempengerusikan mesyuarat Cabang DS Wan Azizah ada memaklumkan dalam mesyuarat Cabang PKR Permatang Pauh tersebut bahawa beliau telah ditanya oleh seorang wartawan ketika turut bersama dengan sidang Media yang diadakan oleh AMK Pulau Pinang di Seberang Jaya..Soalan wartawan tersebut berbunyi " Adakah DS akan membuat Li'an setelah Datuk 'T' membuat sumpah laknat?"..
Maka terpinga-pingalah Wan Azizah kerana yang bertanyakan soalan itu jelas tidak tahu apa yang disoalnya, namun begitu masih ada jawapan dari DS Wan Azizah, soalnya kepada wartawan itu kembali "Itu bukan suami saya.. jadi mengapa perlu saya membuat Li'an pula?"..
Buat wartawan itu dan juga yang tak faham apa itu Li'an.. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).
1. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?
Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.
Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.
2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam
Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam.
Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).
Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.
Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).
3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?
Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.
Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini.
Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad

11 comments:
Berlapang dada lah saudara....
Kalau taknak percaya yg Anwarlah pelakun dlm video seks tu..., tak aper... Negara ni negara bebas/demokrasi. Boleh pilih nak sokong atau tidak....
kan? kan? kan?
meloponglah Trio Jahanam....
Kalau taknak percaya yg Bik Mamalah perosak negara tu..., tak aper... Negara ni negara bebas/demokrasi. Boleh pilih nak sokong atau tidak....
kan? kan? kan?
Syabas!!!
Kepada pencacai semua.
Malaysia telah menjadi negara islam pertama yang menggunakan PERUNDANGAN HUDUD LUAR TABIE
- sumpah laknat untuk suami isteri yo, Amno guna untuk buat tuduhan, memperalatkan alquran Yang dah tak suci dan Allah dah tak agung...Yang Dipertuan pun tinggal yang dipertuan saja dibuatnya.
UMNO SEMEMANGNYA DH BERTEMU JALAN MATI...
MCA DI PIMPIN OLEH CSL YG SEMUA TAHU MORALNYA...DAN SIKAP PERKAUMANNYA...
MIC PULA BARU PULIH DR TERKEJUT HILANG SAMY, YG DI PIMPIN OLEH KEPIMPINAN YG LEMAH & PORAK PERANDA KERANA SEBELUM INI, KUAT MEMPERTAHANKAN SAMY...INDIA RAMAI BERPINDAH KE PKR...
PBB PULA DI PIMPIN OLEH TAIB MUBARAK YG HIDUP BAGAIKAN RAJA BROOKE...
KEPIMPINAN UMNO DI SETIAP NEGERI DH PUPUS KEPIMPINAN YG DI TERIMA OLEH KALANGAN MEREKA SENDIRI DI SEBABKAN POLITIK WANG DR ATAS KE BWH...INI BERLAKU DI TERENGGANU, KEDAH, PERLIS, SELANGOR DAN PERAK.
VIDEO KLIP SEKS INI ADALAH PENIPUAN TERAKHIR UMNO UNTUK PENDUDUK MALAYSIA, TERUTAMA ORG2 MELAYU KERANA ITU, SEMUA PIHAK SEPERTI TERLIBAT DLM MENJAYAKAN RANCANGAN TERAKHIR INI... MEDIA2 CETAK & ELEKTRONIK BERGANDING BAHU TIAP2 HARI MEMBAWAKAN CERITA DAN SUDAH MENJATUHKAN HUKUMAN "DS ANWAR ANDA BERSALAH" SEBELUM HAKIM DI MAHKAMAH MEMUTUSKAN HUKUMAN. INILAH DEMOKRASI ALA-MALAYSIA, RUPA2NYA INILAH SEBAGAIMANA YG MAHATHIR KATA, KEMAJUAN MENGIKUT ACUAN KITA SNEDIRI! MAJU KEBELAKANG, KE ARAH JAHILIAH...
Datuk Trio sanggup buat sumpah laknat, walaupun dia tahu itu satu pembohongan kerana mereka telah membuat dosa yang jauh lebih besar dari tu, tapi mereka masih survive...jadi apalah sangat dengan sumpah sebegitu. Nyata ini satu persendaan kepada Islam dan para ulama seharusnya tidak membisu.
pemimpin boleh datang dan pergi..anuar tidak penting..yang penting,barisan national bukan lagi memerintah malaysia selepas pru 13..moga termakbul,aminn..
cuba amati klip tersebut,ada klip nampak ekon,ada klip ekon nampak separuh..maknanya klip itu digabungkan dan di rakam pada masa berbeza dan ianya BUKAN satu klip yang asli,harap maklum.
video seks yang memualkan ini adalah fitnah yang amat memalukan, dan ingatlah pada akhir zaman ini fitnah akan menguasai dunia. insaflah wahai manusia akan azab di akhirat
binasa utk umno dan bn
mala petaka utk pemfitnah
amiin
Post a Comment