Sunday, May 1, 2011

Kata ekonomi meningkat, tapi kenapa sara hidup juga meningkat?

KUALA LUMPUR 1 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab kenapa kos sara hidup rakyat terus melonjak walaupun beliau mendakwa ringgit dikatakan semakin kukuh dan pelaburan asing meningkat enam kali ganda, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencurigai kenyataan kerajaan bahawa inflasi Malaysia stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu manakala ringgit kukuh kerana asas ekonomi negara yang kukuh.

“Jika ini benar kenapa rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan. Ini tidak berlaku,


“Jika ekonomi Malaysia begitu berjaya, kenapa inflasi dan kos sara hidup semakin naik. Rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan,” kata Guan Eng dalam teks ucapan Sempena Hari Pekerja yang diedar kepada media hari ini.

Guan Eng turut mempersoalkan ke mana kerajaan menyalurkan wang hasil daripada pelaburan asing 2010, yang menurut Najib mencecah RM9 bilion.

“Ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara," tambah Guan Eng.

Guan Eng menegaskan DAP turut kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa “brain drain” atau penghijrahan golongan bijak pandai ke luar negara bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara, malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009.

Menurut beliau sungguhpun ketidakadilan sosial dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN.

"Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan negara jiran, bila Malaysia kehilangan dua juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60 peratus adalah berpendidikan rendah," kata beliau.

Guan Eng turut menyarankan Malaysia untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini,

Oleh itu beliau menegaskan Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil.

"Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia.

"Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti," tegas Guan Eng.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails