Tuesday, May 31, 2011

Jangan Jadikan Kenaikkan Tarif alasan naikkan harga barang - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok..

Memang benar kadar baru tariff elektrik itu bukanlah satu factor yang boleh dijadikan alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak..

Tapi Muhyiddin.. jangan pula buat-buat lupa bahawa kerajaan UMNO/BN telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.. adalah sebab utama harga barangan keperluan bakal dinaikkan…


Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Berita penuh sila baca di SINI

Kalau subsidi untuk transportation Company dimansuhkan ini bermakna mereka perlu membayar pada harga RM1.80 seliter berbanding dengan harga subsidi iaitu RM1.481 seliter iaitu peningkatan sebanyak RM0.319 sen..

Peningkatan kos operasi tu siapa nak tanggung Muhyiddin??


Kadar tarif baru elektrik bukan alasan naikkan harga barangan

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.

“Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Kajian terperinci

Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,’ katanya.

Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka.

Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain.

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok.

Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails