Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, May 9, 2011

Istana SU Agung UMNO terbakar..




KUALA LUMPUR - Rumah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di sini nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.







"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata, sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.






Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata, enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.






Halim berkata, bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.


Sinar Harian

9 comments:

win win malaysians said...

kerna terbakar guna duit kurap,tak halal

Anonymous said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun....

Anonymous said...

BALA Allah...bile org yg membela dan menyokong sumpah diturun kan laknat(bala)...

Allah maha mendengar ape yg hambanya ingin kan...

Jika hambanya ingin kan BALA...Allah utus kan sedikit BALA sebagai peringatan.....

ANAK PADI said...

ni mesti kes tak keluarkan zakat....baru sikit tuhan tarik jaga2 belakang hari...

lebai said...

komen anon 1:56 bagus. Inna lillah..
Jangan cepat sangat kutuk orang.. Biarlah perkataan yang baik-baik sahaja keluar dari kita..

Hal bala atau apa ka.. itu biar Allah yang tentukan, bukan kita..

Anonymous said...

aku setuju sgt komen lebai.kebakaran ini tak ada kena mengena dengan balasan allah swt. balasan allah bagi mereka yg mulakan fitnah, menyebar fitnah, sokong & dokong fitnah... adalah neraka jahannam yg panasnya 70x lebih panas dari api yg terpanas di bumi dan sejuknya adalah 70x lebih sejuk dari kawasan yg paling sejuk dibumi.Tapi itu kemuncaknya..azab dalam perjalanan menuju kesitu, bermula di alam barzahk, perbicaraan di yaunul mahsyar sudah pun cekup ngeri jika didengarkan.

Anonymous said...

Awat mamat SU UMNO tu tak mampuih sekali....inilah natijahnya bila buat rumah guna duit HARAM...Minta2 lepas nie semua rumah pemimpin BN pun jadi mcm nie jugak....

Anonymous said...

woit...dia guna duit haramlah...dah lupa ke dia ada syer bisnes judi dgn vincent tan kat bukit tinggi yg ada mesin slot tanda halal jakim....

penternak_lipan said...

pada lebai dan ANon 5.03pm aku rasa hangpa 2 kena pi perdalam lagi bab2 agama ni...kalau tak pasti atau was2 dgn hujah angpa sendiri,lebih baik angpa 2 ekox diam.jgn bagi pendapat yg setgh jalan..dan pada perkataan
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun mintak jasa baik pada sapa yg pakai nick lebai tu..hang pi rujuk sekali lagi kat ahli yg betul2 bijaksana pandai dalam agama.tanya depa.atau bc kitab yg ada translate bahasa melayu.. inna lillahi bukan untuk sekadar digunakan pada org mati sahaja.tapi pada2 sapa yg ditimpa musibah(tak kira dia mati atau hidup)itu adalah doa kita pada org yg di timpa bencana...
akhir kata..hang lebai semakk aja ni.

Archive

Related Posts with Thumbnails