Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, May 29, 2011

Ibrahim ALi, Ahli Politik Malaysia paling Teruk..

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.

Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

“Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali,” kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.


“Ketepikan pelawak-pelawak ini,” kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.


The Malaysian Insider

2 comments:

Amin De'Bald said...

Saya terpanggil untuk komen ttg Ibrahim Ali. Cuba bayangkan seekor katak sedang berdiri sambil menari agogo, twist, sanba dan berbagai rentak mengikut tepukan kedua tangan ketua. Itulah dia ianya. Stop!

Anonymous said...

Allah swt dah beri peluang selepas trselamat dari serangn sakit jantung. Bawalh insaf.

Archive

Related Posts with Thumbnails