
UMNO kini semakin jelas berada dalam kelemasan, pemimpin-pemimpin mereka mula menyedari mereka mungkin tumbang dalam PRU yang ke 13 ini oleh itu dalam kelemasan itu mereka berpaut kepada apa sahaja yang melintas hatta ianya seketul najis yang terapung sekalipun..
Baru-baru ini ada perkhabaran yang mengatakan UMNO telah menjemput DAP menyertai mereka di dalam Barisan Nasional bagi menggantikan MCA yang sudah tidak relevan lagi.
Malangnya pelawaan mereka itu telah ditolak oleh DAP kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng “DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu”.
Kemudiannya Najib pula secara terbuka telah menggesa PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama UMNO di dalam Barisan Nasional dalam masa yang sama Najib juga telah mengugut masyarakat Cina kononnya akan tiada wakil dari masyarakat Cina didalam Parlimen jika masyarakat Cina terus menolak BN..
Malang juga yang menimpa Najib apabila pelawaannya itu juga ditolak oleh PAS.
Jadi apa yang ada pada UMNO/BN untuk kekal berkuasa lagi?
Pecah dan Perintah adalah salah satu cara yang pernah digunakan oleh pihak British bagi memudahkan mereka menguasai Tanah Melayu, pada tahun 1945 telah menggunakan kaedah ini.
Dalam Rusuhan di Batu Kikir, Negeri Sembilan pihak British telah menggunakan kaedah ini dimana merekA secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.
Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.
Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama yang artikelnya boleh di baca di sini
( RUSUHAN KAUM DI BATU KIKIR)
Itu cara British, menurut seorang sahabat (blognya di SINI) kini Najib dan UMNO yang terdesak mahukan sokongan padu dari sekurang-kurangnya 70% Kaum Melayu untuk kekal berkuasa mula memainkan isu perkauman dengan menanam rasa benci Masyarakat Melayu terhadap Masyarakat Cina bagi memecahbelahkan perpaduan kaum.
Isu kaum dan agama, adalah alat propaganda BN utk meraih sokongan masyarakat Melayu.
Perkara ini mula jelas bilamana dalam karnival 1 Malaysia di Parit Raja Batu Pahat, Johor baru-baru ini (lihat di SINI) VCD yang menghasut dan berbaur perkauman mula disebarkan..
Bagi mengelakkan ketegangan kaum tercetus pihak Kerajaan sepatutnya bertindak menghalang penyebaran video ini, tapi seperti biasa bila ianya melibatkan kepentingan UMNO/BN ianya dibiarkan begitu sahaja..
Dan untuk mencegah dari berulangnya peristiwa berdarah 13 Mei, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian wajar menumbangkan UMNO/BN dalam PRU13 ini..
SELAMATKAN MALAYSIA!! TUMBANGKAN UMNO/BN!!!

11 comments:
Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu.. komen hang aku delete pasal tak relevan atau lari dari tajuk..
Baca tajuk betul-betul baru komen.. harap maklaum!! ha..ha..ha..
Salam,
'TODAK MELANGGAR SINGAPURA', Sememangnyalah DS Anwar Ibrahim adalah/boleh kita beri gelaran Hang Nadim Malaysia untuk menyelamatkan Malaysia dr Todak umporno, & Todak PERKOSA yg tak habis2 duk menyerang semua org, PAS, DAP, PKR, orang2 Cina, Melayu, India, Kakitang Awam dan org2 yg MENYATAKAN KEBENARAN...
KENAPA NAK 'DIBUNUH' HANG NADIM YG SENTIASA INGIN MEMPERKATAKAN/ MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DI MALAYSIA INI?
JOHOR YG DAHULUNYA MENGUASAI SINGAPURA MEMILIKI PERANGAI YG SAMA DGN PEMERINTAH SINGAPURA DI ZAMAN HANG NADIM ITU... TENGOK MCM MANA DSAI DI LAYAN APABILA INGIN BERCERAMAH DI JOHOR... BERBEZA DGN NEGARA PAKATAN RAKYAT, KELANTAN, KEDAH, DAN LAIN2 YG BEBAS UTK UMPORNO BERCERAMAH (BERFINAH) DI MANA2...
Bloger penakut le..baru komen sikit,dah cakap lari tajuk..puak sendiri lari tajuk takpa
disebabkan krisis merebut jawatan antara tok det dengan tengku razali maka umno telah dipeharamkan oleh mahkamah pada 1987 dulu dua tiga hari selepas itu tengku razali cuba menghidupkan umno dengan nama semangat 46 mengambil sempena semangat juang melayu ketika umno mula ditubuhkan sebaliknya tok det lebih paham dengan pengaruh umno maka ditubuhkan sebuah parti dan menamakan dengan umno baru sekarang umno baru ini sudah mencapai umur 24 tahun maka sejarah penubuhannya sudah dilupakan oleh kebanyakan rakyat malaysia mereka menyangka umno yang ada sekarang umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 dulu.
disebabkan krisis merebut jawatan antara tok det dengan tengku razali maka umno telah dipeharamkan oleh mahkamah pada 1987 dulu dua tiga hari selepas itu tengku razali cuba menghidupkan umno dengan nama semangat 46 mengambil sempena semangat juang melayu ketika umno mula ditubuhkan sebaliknya tok det lebih paham dengan pengaruh umno maka ditubuhkan sebuah parti dan menamakan dengan umno baru sekarang umno baru ini sudah mencapai umur 24 tahun maka sejarah penubuhannya sudah dilupakan oleh kebanyakan rakyat malaysia mereka menyangka umno yang ada sekarang umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 dulu.
Blogger penakut? habis yang berani tu kenapa guna Anonymous saje..
melayu tunggu nak kena sembelih...kiri kanan..dua2 belah kena sembelih...puak umno sembelih harta rakyat...puak PR nak sembelih hak melayu...haha padan muka melayu..
allah je tahu tahap meluat aku masa
tonton dokumentari nie..
Inilah Be End yang berslogan 1 MALAYSIA. Jelas 1 MALAYSIA hanya selogan walhal didalam mereka bercelaru dengan isu PERKAUMAN. Terang lagi nyata, mereka hilang hala tuju untuk mentadbir negara. Dah sampai masanya kita tumbangkan parti yang tiada matlamat dalam negara dan tiada keinginan untuk memakmurkan negara.
kuat sungguh propaganda dan serangan yang bertalu-talu dan bertubi-tubi. pertnda awal kejatuhannya lah tu?
??????
Post a Comment