Thursday, May 5, 2011

Eskay Tidak Tuduh Anwar.. jadi.. Apa Khabar Pencacai UMNO sekarang? (Video Inside)

Apa khabar sekarang pencacai-pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan bahawa lelaki yang sedang melakukan seks di dalam video lucah edaran pencacai-pencacai UMNO itu adalah Anwar Ibrahim?

Mereka menulis seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar dari Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sendiri.

Pencacai-pencacai UMNO melalui blog-blog mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki di dalam Video itu adalah Anwar biarpun banyak perkara didalam video itu telah dipertikaikan bermula dari janggut, perut, rambut, jam omega, tempat kejadian malah hingga keparut pembedahan.. (aku pertikai setakat tu saja.. tapi kawan aku pertikai tentang kemaluan yang katanya kelihatan tidak berkhatan.. cuba korang jenguk Biaqpila )


Tidak lupa juga kepada pengunjung setia Blog ASD ini iaitu Anak Kg Pertama yang telah meninggalkan komen “Alasan!!..lagi..lagi alasan!!..yg penting orang dalam gambar tu..SIAPA DIA??? DI MANA DIA???...kalau ASD dah tak percaya mengapa masih buat ulasan? jika masih beri ulasan maka ia adalah benar dan tulen video tu, cuma pelakunya aje segelitir rakyat shj yg masih tak percaya. Mintalah umat Islam buat baca yassin dirumah..masjid..minta si pelaku keluar mengaku cepat...sebab makin hari rakyat hairan kenapa si pelaku belum keluar mengaku...sebab teman si pelaku dah mengaku...sampai bersumpah2 mengaku...” komennya telah ditinggalkan di SINI

Tidakkah dengan kenyataan Eskay selepas memberikan kenyataan kepada pihak Polis Kepong petang semalam yang mengatakan “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya” membuktikan tuduhan oleh pencacai UMNO itu adalah fitnah?

Cuba korang baca firman Allah s.w.t. ini : “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Bacalah juga firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur ini..

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.

Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Fikirkan.. berbaloikah upah yang anda dapat jika dibandingkan dengan api neraka yang menanti anda?

Saksikan dan dengar apa Eskay kata pada minit ke 2:15 video ini..



Tapi… kalau Eskay kata di tidak menuduh, habis dalam Video ni siapa yang bersumpah?


Sumpah si Eskay itu..

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".


Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails