PETALING JAYA 3 MEI: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran.“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya, tambah beliau.
Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan.
Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.
Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah.
Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.
Anwar menolak fitnah bahawa beliau pelaku video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya umum akan datang.
Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.
Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya fitnah yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.
Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.
"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid…(mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," tegas beliau.
TVS News

8 comments:
Ada lagi org recover Anwar, minta TGHA tengok dulu video tu..nak tanya ASD kelantan dah 20 tahun PAS perintah kenapa belum guna hukum Islam? dulu alasan kata Mahathir tak beri..tapi Mahathir bukan PM lagi..awat tak laksana la ni..takut DAP ke??
SWalam anak kg pertanma,
sebenarnya bukan PAS takut DAP tapi takutkan awak!. sebab tu PAS tak jalankan hukum hudud, awak sebenarnya ketinggalan bas, ok!
Anon 3.42pm
Engkau baru bangun tidor ke... aku selalu balik kelantan beb...
Anak kg pertama, kalau kau selalu balik Kelate tu hati2 di jalan raya, jangan asyik fikir pasal hukum hudud sampai leka takut nanti sebab terlalu fikir pasal tu kau menjunam terjun gaung....susah pulak orang nak cantum mayat kau yang berkecai macam sardin busyuk....Fikir yang baik2, jangan dok ngutuk orang2 alim PAS dan memuja orang2 alim UMNO atau sapa2 orang alim pun, lebih baik kau diam aje kalau kau tu bukan orang alim!
haa haaaa haaaa....
Anak kg pertama...
awat diam ja....mu kelate mane...
haaaaa...balik setaun sekali nak menyalak...
haaaa haaaaa,,,aaaaa
aaaaa aaaa aaazzzzzzzzz...zzz
memang betul...anak kg pertama ketinggalan.....bas....hi...hi....hi...
Anak kg. Pertama perangai hodoh,
bagi komen otaknya kosong,
Nak test intelek nampak bodoh,
ituler UMNO punya hantu polong.
tak suka AKP. sekian.
Post a Comment