Thursday, May 12, 2011

Buku 'Tuhan, Politik dan Seks' tu.. ada kaitan tak dengan Saman RM1.65Juta ?

Malaysiakini melaporkan.. semalam pada sambutan ulangtahun ke 65 UMNO di Kuala Lumpur, pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mengaibkan DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah telah berlaku.

Buku tersebut yang diberikan secara percuma telah dikarang oleh Syed Hussein Al Attas seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku, beliau juga dilabelkan sebagai penulis upahan oleh sesetengah pihak.

Pada awal Januari 2010 Syed Hussein Al Attas ataupun Pak Habib telah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan supaya membayar RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berhubung satu saman fitnah.


Syed Hussein, 68, atau lebih dikenali sebagai Pak Habib, juga turut diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.

Aku tertanya-tanya.. adakah saman fitnah yang berjumlah RM1.65 juta itu ada kaitan dengan buku 'Tuhan, Politik dan Seks' ini?


Rayuan ditolak, Pak Habib diperintah bayar RM1.65j

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan penulis buku, Syed Hussein Al-Attas membayar ganti rugi berjumlah RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berhubung satu saman fitnah.

Panel hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penulis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001 yang mengarahkannya supaya ganti rugi itu dibayar kepada JCorp dan Muhammad Ali yang juga ketua pegawai eksekutifnya.

Syed Hussein, 68, atau lebih dikenali sebagai Pak Habib, juga turut diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.

JCorp, Muhammad Ali dan ahli perniagaan Haris A Hamid telah menyaman Syed Hussein sebagai defendan dengan menuntut ganti rugi, injunksi dan kos berhubung fitnah dalam salah satu buku tulisannya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Syed Hussein untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM250,000 kepada Haris.

Mahkamah juga mengekalkan perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi menghalang defendan atau ejenya daripada terus menyiarkan kenyataan memfitnahkan ketiga-tiga plaintif tersebut.- Bernama


Buku anti-Anwar diedar pada ulang tahun Umno

Serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”.

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

Buku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.

Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: “Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam.”

Jantan mahu, perempuan pun mahu...

Satu lagi berbunyi: “Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: “Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi.”

Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu.

Malah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar.

“Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie,” tulisnya.

Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku.

Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan.- Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails