Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
Blog “Bigdog” atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.
Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.
Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.
“Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.
“Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.
“Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini,” katanya.
Justeru kata “Papa Gomo”, kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog “Bigdog” kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.
Selain itu, penulis itu juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.
“Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.
“Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?” katanya.
Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap “Bigdog”.
“Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.
“Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.
The Malaysian Insider

10 comments:
Kenapa blog BigDog ni tetiba dah padam posting Kristian tu? Padam jadah hapa pun semua dah terlambat, itu kata KJ. Kata aku, baru kena kencing dengan kucing pun anjing besar ni dah cabut dengan ekor celah kelangkang....Muka dia betul macam anjing besar St Bernard yang ada kendi air tergantung kat leher tu.
Tak kan Bigdog sorang je.. Utusan yang cedok tanpa usul periksa tu lepas camtu je ke
Ini jenis melayu yang kata dia orang islam.Melayu pukimak ni bagi rosak nama islam...haram jadah ni sama dengan anak babi kampong pertama.....melayu bangsat
Menteri KDN tu beranikah nak sumbat haram jadah BIGDOG nie dalam ISA...Hishammudiin tu hero ponen yang dia tau cuma dok main kelentit bini dia yang jambu tu aja lah.....
surat khabar perdana hanya kutip berita dari blog mughalazah boh muka depan ada kelas ka....? padan dibuat calit taik saja,hanya melayu yang sekelas dengan lalat langau saja yang ingin bacanya.
papagomo,umngok nk letakkan kesilapan merencana fitnah terbaru ke bahu bigdog plak...last org mrh bigdog bukan pada umngok.jgn terpedaya dgn taktik umngok,papagomo.
ah, korang caye jer dgn provokasi papagomo tue..ISA la, KDN la, ape la..dia tak nak malu & terlibat dgn citer bodoh tue..tue psl dia belakon baik punyerrrrr...
kalu macam ini lah para pemikir blogger melayu dari dulu sampai la ni tak kan maju bangsa keparat melayu ini . Tak matang tapi macam binatang bangsa lain kehadapan diorang asyik fikir kat belakang memang bangsa busuk lagi keji.
kalu macam ini lah para pemikir blogger melayu dari dulu sampai la ni tak kan maju bangsa keparat melayu ini . Tak matang tapi macam binatang bangsa lain kehadapan diorang asyik fikir kat belakang memang bangsa busuk lagi keji.
Utusan ambil berita dari dua blog iaitu bigdog dan marahku. Yang padam semua posting dia adalah blog marahku.blogspot.
Papagomo pula saja nak perangkap, dia suruh pakai ISA, sebab jika PR sokong pakai ISA bermakna akta zalim ISA ini diperlukan, maka tembakan dia kena.
Post a Comment